01 May 2013

30 Sudah

Hepi besday to me! ahaks!

Besday adalah Isnin 29/4.
Umur?
30 dah pun.
Rasa macam baru je habis sekolah semalam.
Serius.
Tak terasa masa yang berjalan.


Alhamdulillah tahun ni dapat gelang mami liplapliplap.
Haha marah pulak mami nanti kata depa liplap.
Tapi memang pun. heheh

Sebenarnya tak sangka pun nak dapat emas tahun ni.
Sebab lepas umah kena masuk penyamun hari tu memang tak konfiden nak simpan benda-benda berharga dalam umah ni ha.
*kalo rajin nanti saya cerita.

Lagipun saya tak rajin pakai sangat.
Abis kuat pun time raya sajalah.
Kenduri pun tak adanya nak pakai.
Kalo rasa betul-betul nak pakai barulah keluarkan.

Ahad pepagi buta tu tetiba ja husband suh pilih.
Wah macam kucing mengantuk disorongkan bantallah.
Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. haha

Maka Ahad tengah hari tu berangkatlah kami berdua ke sana.
Sana tu.
Ala buat-buat tak paham puleks :p

Masyaallah kedai emas.
Tapi macam jual apa ja.
Orang punya ramai.
Kaya-raya tokei kedai tu.

Emas kat Kedai Anuar Bandar Perda, Penang ni memang murah gila berbanding area pulau.
Kat pulau sekarang rm160/g kat dorang baru rm143/g.


Dah tu, upah pun boleh nego sampai ke titisan darah terakhir. heheh
Macam gelang 2 ketul tu kan, seketul upah baru jatuh rm48 sajo.
Harga emas mantain la 143/g.
Sebenarnya bajet memula seketul saja.
Pilih punya pilih tetiba telah menjadik dua ketul :p

Hari Isnin dah ada geng tak senang duduk sebab emas murah kan.
*maunya tak senang duduk, orang lain yang plan nak beli orang lain dapat dulu. heheh

Maka berangkat pulak esoknya dengan opismatesku dua orang tu melawat itu kedai emas lagi.
Gagah ooo menyeberang bridge tengah-tengah hari buta.


Kali ni kononnya nak tengok saja.
Tetiba terrrrbeli la pulak seketul cincin nan chumel.
Sebab corak dia unik.
Ala-ala cengkerang siput gitu.
Corak jarang jumpa.
Berat 1.94g saja.
Tau upah berapa?
Rm12 ja weh.
Memang mendapatlah.

Masa try rasa macam ok pakai kat jari manis.
Dah balik tu rasa berpusing-pusing longgar pulak.
Terkurus sikit kot. kahkahkah
Kena pakai jari tengah ler nampak gayanya.

Nyway, terima kasih bebanyak to my dearest husband sebab sudi belikan saya barang mahal-mahal tu ;)
Buat susah-susah ja. ahaks!

Semoga bertambah rezeki.
Boleh belikan lagi.
heheh
*tapi tudung n skincare semua dia tak support tau. sendiri punya rm. lakiku invest dekat benda yg ada untung sajo.