24 July 2013

23-25/6/13 - Cameron Highlands

Cuti-cuti Malaysia pun bermula =)
Sori lambat update.
Mood tak ada sebab pic smua hilang weh.
Transfer masuk pendrive.
Lepas tu pendrive pun mampuih.
Cisss

Hotel : De' La Ferns
Add : Batu 59, Jln Besar Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang.
Tel : 05-491 4888

Room : Deluxe King
Rate : rm304/night

Bertolak dari rumah pun dah pukul 3 petang hari Ahad.
Haruslah sampai Cameron pun dah nak malam.
Sampai lebih kurang pukul 6 lebih gitu.
Check in hotel.
Dapat tingkat berapa tah.
Lupa.
Rasanya macam tingkat 3 gitu kot.


Hotel tak berapa best.
Tak berbaloi bayar 300++ untuk satu malam.
Lagi puas hati duduk Century Pines.
Harga pun murah lagi.
Receptionist pun tah apa-apa.
Muka kelat ja manjang.
Nak lalu lobi pun menyampah.

Sampai pun dah nak dekat malam, maka aktiviti hari tu cuma makan malam sajalah.
Lokasi biasa, astaka kat Tanah Rata nun.
Tersilap pilih kedailah pulak.
Makanan out.
Tomyam tak rasa tomyam.
Ikan stim pun tak berasa.
Pendek kata serba serbi out belaka.
Lapar punya pasal, so makan sajo.


Aktiviti Naim tetiap pagi dan petang.
Haruslah berendam :P



Esoknya macam biasa.
Breakfast.
Makanan ok.
Buffet jugak walaupun hari biasa.
Kalau Century Pines hari biasa memang tak ada buffetlah.
Limited ja.
Ni ajalah pic yang ada.
Yang lain gone.
Sob sob sob


Baby besar ni bukan makan pun menda alah yang amik untuk dia tu.
Punyalah payah tau budak ni kalo nak suruh makan.
Jenuh.


Habis makan dengan tak mandinya sekor-sekor, ehhh abah depa mandi la :P ronda-ronda kedai tepi hotel tu.
Beli fridge magnet ja pun.
Yang lain tak menarik.


Posing-posing kejap.
Medina tak boleh kena matahari tu.
Abis tutup muka.
Puteri lilin ai tu.


Naik bilik balik.
Dan Medina sambung tido.


Then siap-siap nak keluar.



Memula pegi Big Red Strawberry.
Husband kata macam tak advance dah tempat ni.
Sebab dah tau selok belok tempat.
Dan selalu sangat pegi.
Tapi heavenlah pegi hari biasa.
Orang tak ramai.


Naim memanglah duduk tak diam.
Lari sana sini.
Perpeluh ketiak nak hambat. haha

Nak amik pic pun jenuhhhh jugak.
Asyik goyang-goyang ja.


Akhir-akhir ni, aiskrim memang masuk dalam favourite list Naim.
Bagilah aiskrim apapun semua dia bedal.


Lepas tu turun ke bawah sikit.
Lavender Garden pulak.
Mamandangkan hari dah petang, hujan nak turun dan taman tu pun dah nak tutup makanya posing kat luar sajalah.
Plus nak masuk kena bayar, haruslah tak masuk sebab macam ada bunga ja kot dalam tu.




Singgah Bharat Tea.
Pekena cheese cake.
kali ni cheese cake dia tak bestlah.
Tukang masak dah bertukar kot.

Budak bawah ni tengah angin.
Baru bangun tido.
Apa tah yang tak kena, iya-iya nangis :P


Posing pulak kat ladang teh.
Naim syiok tak hinggalah. Siap bawak lori dia untuk korek pasir kat situ.




Shopping teh dulu sebelum balik.
Selalu memang kitorang beli Bharat Tea ja.
Boh tea kat mana-mana pun boleh beli.



Malam ke 2 makan kat Glory 78 Steamboat tepi hotel.
Venue best.
Makanan pun ok.
So enjoy-enjoy ja makan.
Cuma macam biasa kena bersilat dengan Naim ajolah.
Duduk tak diam :P
Macam-macam yang tumpah. haha



Naim tengok ja la abah dan ibu makan.
Dia makan aiskrim ja kot.
Ehh lupa, dengan fries.


Tengah hari Selasa 25hb tu siap-siap nak checkout untuk ke destinasi seterusnya.
Kl pulak.
Sebelum tu singgah ladang Boh Sungei Palas.
Kena pegi Selasa tu lah sebab Isnin tak bukak.


Macam biasa.
Posing dulu selagi boleh ;)
Budak baju biru tu kena dukung sebab dia nak lari :P



Bukan duduk diam ni.
Abis berlari satu kafe.
Ikut sedap kaki dia ja nak lari ke mana.
Bukan tau takut.

Tu muka standby nak lari la tu.


Kami pun nak posing jugak ;)
Jarang ada pic bersamalah kitorang ni.





Ok masa untuk keberangkatan suda.



Kl here we comeeeee!
Macam biasa kalo rajin ai belogkanlah nanti episod yang seterus dan seterusnya.
Daaaa