Cerita bab penyamun masuk umah 12/4 haritu.
Memang wal sadis bin benda nak jadi.
Memang tak disangka-sangka sebab smua orang ada kat umah.
Kalo tak ada orang tu bolehlah diterima akallah kan.
Oklah.
Dimulakan ceritanya cenggini.
Terjadinya peristiwa sadis ni pada pagi-pagi sepi'i hari Jumaat 12/4/13 dianggarkan jam 4 - 6 pagi gitu.
Pandai penyamun tu pilih hari kan.
Penyamun ni memang buat keja dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.
Sebab sapa pun tak perasan.
Ye lah benda tak kecah.
Tak berterabur.
Saya boleh perasan sebab cari henpon tak jumpa.
Dah kesiangan sebab alarm tak bunyi.
Malam tu mak saya tido kat hall sebab temankan Naim tengok kartun kat tv.
Pukul 4 baru dia tutup tv sebab Naim dah terlena.
So dia pun sambunglah tido.
Kat hall okeh.
Yang si penyamun ni pulak lepas dah berjaya potong besi nako dan keluarkan 2 cermin tingkap dapur tu, dia pun masuklah dalam umah.
Mungkin dia tak sangka ada orang kat hall maka dia capai apa yang sempat nampak depan mata saja la kot.
Rasanya dia naik atas dulu tuju bilik kitorang sebelum melawat bawah.
Agaknyalah.
Mana-manalah yang penting semua dah ghaib dah pun.
Kebetulan malam tu memang pintu bilik kitorang kat atas tak berkunci sebab dok bajet Naim akan naik tido dalam bilik.
Padahal tetiap malam memang kunci punya.
Tapi tu lah orang kata dah benda nak jadi, yang tak pernah kita buat pun akan terbuat.
Sejak ada Medina ni tido memang bukak lampu.
Senang nak tengok kalo termuak ka apa ka.
So dah pintu bilik tak kunci, tido pulak tido mati, memang tak sedar penyamun tu bukak pintu bilik.
Henpon note saya hadiah besday tahun lepas memang sah-sah terpampang atas meja mekap tengah charge, tepi ja dengan pintu.
Memang jadi habuan pertama la.
Dslr Nikon pun jadi habuan sang penyamun tarbus.
Lebih 2k jugak harga time beli dulu.
Dslr ni masa buat report polis tak perasan ilang.
Dah balik umah check semula baru perasan.
Then seluar jeans husband yang ada wallet tergantung kat almari jadik sasaran seterusnyalah kat atas tu.
Lepas beli moto baru sebijik weh.
Tapi tu lah kan, tak ada rezeki.
Dah settle balas wallet tu seluar jeans dia tinggal luar pintu bilik.
Takkan dia nak angkut balik dengan seluar sekali iye dak. haha
Dia round bawah pulak.
Andaianlah.
Tak tau dia sapu atas or bawah dulu.
Kat hall ada tab Naim.
Nasib baiklah bukan samsung or yang mahal.
Tapi 400 jugaklah harga.
Laptop lakiku itu nasib tak ada urup ja.
Kalo tak, konfem cerah.
Digital kamera dia tak amik sebab dok dalam laci.
Laci tu ketat sikit.
Takut mak saya terbangun kot.
Itupun ada hati nak amik parfum paul smith yang saya baru beli tu agaknya.
May be sebab parfum tu dok dalam uncang.
Dia ingat barang kemas kot.
Tapi tak jadik.
Dia letak balik.
Satu sebab memula tak perasan umah kena pecah adalah kerana pintu tak terbukak.
Penyamun tarbus tu keluar ikut tingkap yang dia masuk.
Dalam kegeraman keluar jugak kesyukuran.
Syukurlah bayak-banyak sebab penyamun ni bukan jenis nekad.
Janji tak melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Benda yang hilang tu redhakanlah saja.
Redha dalam geram. haha
Bukan rezeki kita.
Moga-moga penyamun tu dapat manfaat yang sebaik-baiknya dengan benda dan rm yang dia amik tu.
Dan kerana ini jugak, maka terrrrrpaksalah beli Note II puleks :P
Tapi sayanglah sebab dalam Note dulu tu baaaaaaanyak sangat pic oooiiii.
Macam-macam ada tapi kelas U punya la.
18 SX tak ingat pulak ada ke tidak.
Jangan tetiba masuk youtube dah. haha
Sekarang umah pun dah pasang grill dan cctv.
Mudah-mudahan tak jadi lagi benda-benda macam ni di masa depan.
Mintak-mintak kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tak baik.
Ameen.