Esoknya, pukul 10 tu dah check out.
Pegi Kea Farm dulu, dekat ja dengan hotel.
Ramai jugak orang, tapi tak seramai masa pegi time weekend bulan 4 dulu.
Hujan lagi time ni.
Tu yang gagah beli jugak topi kat Naim.
Jenuh paksa nak pakai tu.
Asyik nak tarik keluar ja.
Kat situ beli ubi kaler purple tu ja memula.
Tapi sebelum nak balik tu singgah lagi beli stoberi dengan jagung pulak.
Then pegi Taman Agro Al-Mashor kat Tanah Rata.
Stoberi dia taklah banyak sangat.
Bolehlah.
Suka pegi Big Red Strawberry kat Brinchang lagi.
Kat situ stoberi dia banyaaaaakkkkk.
Rambang mata.
Time ni Naim tengah masam mencuka sebenarnya.
Sebab dia nak memanjat kerusi tepi tu tapi ibu ngan abah dia tak bagi.
Tapi oleh kerana nak amik pic punya pasal, abah bagi syarat kalo Naim nak panjat kerusi, dia kena senyum.
So, dia pun paksa diri untuk senyum.
Dah abih posing dia masam balik.
Pastu nak amik pic lagi, abah suruh senyum pulak.
Iya-iya dia punya senyum sampai tertutup-tutup mata.
Sampai 7-8 kali dia dok masam-senyum-masam-senyum.
Bebudak sebelah meja tu punya gelak tengok peel dia.
Boleh dia senyum macam hepi gila, lepas abis amik pic masam balik macam cuka.
haha
Tujuan utama nak pegi carik jem ja.
Buat souvenir untuk kawan-kawan kat opis.
Jem dia sedap. Rasa stoberi dia pure tau.
Tak macam jem yang kita beli kat supermarket tu.
Nama pun jem Cameron kan, tempat dia.
Kalo beli 2 botol rm10. So sebotol jatuh rm5.
Saya beli 20 botol, dorang bagi diskaun sikit jadik rm4.80/pc.
Lepas tu pegi Big Red Strawberry.
Hajat memula tu nak pegi petik stoberilah.
Tapi laki pulak tak bagi.
Dia kata beli kat Kea Farm tu lagi murah.
So terbantut suda hajat.
Masuk jalan-jalan sajo.
Sebelum balik singgah semula Kea Farm kat Brinchang tu beli stoberi ngan jagung.
Lepas tu plan nak singgah ladang teh boh.
Tapi terlepas pulak.
Last-last singgah Bharat Tea ja ondaway nak turun kot Simpang Pulai tu.
Pekena cheese cake, kuih pau & teh.
Blueberry cheesecake tu sedap weyyhhh.
Terasa cheese dia kaw-kaw punya.
Total suma ni rm19!
Cameron Highland punya pasal.
Masuk kedai dia, beli teh bawak balik Penang.
Teh dia ok, sedap jugak.
Tapi teh yang biasa orang buat teh o tulah
Yang teh stoberi, teh perasa-perasa memacam tu saya tak lalu.
Penin minum.
Teh boh tak payah belilah.
Kat kedai mana-mana pun ada.
Sebelum balik posing-posing dulu kat ladang tepi kafe tu.
:: Amboi canteknya moncong Naim :: |
Bulan 4 ni rasa macam nak naik Cameron lagilah.
Tak pun Genting pulak.
Hanimun lagi :P
Sekali ja penah naik Genting. haha kesian eh.
I loike sesejuk atas tuh.
Awwwww!! :P
Saya kureng sikit kalo nak pegi jenis pulau-pulau ni.
Panas, kena berjemur-jemuran.
Nanti itam. haha
Lagipun dah duduk Penang ni tak berapa nak excited tengok laut.
Belakang umah pon ada laut.
Ehhhh!! Sekarang dah jauh sikit sebab dorang dah naik kondo kat situ.