Kesian Naim. Semalam kena tido dengan maktok sebab ibu dia demam kura.
Sampai ketar-ketar malam tadi rasa nak demam tak demam.
Punca utama adalah kencing tak lawas.
Kencing kotor rasanya.
Mintak-mintak bukan batu karang.
Sampai kembung dah dari semalam asyik dok minum air barli ngan air kosong ja kejanya.
Tapi macam berkesan jugaklah.
Pagi-pagi tadi rasa ok dah.
Kencing pun dah lawas, cuma rasa sakit sesikit bila nak sampai penghabisan kencing tu.
Tapi ok sangat berbanding semalam. Alhamdulillah.
Takut ooo.
Yelah, dah jarang-jarang sakit, bila sesekali rasa....adoiiiilah.
Akibat mood sakit je semalam, lupa nak update my 6th Fareeda yang baru sampai.
Order daripada fb Cyrus Amiera.
Kali ni v-dania brooch kaler purple. Cantek!
Dah rasmi dah today.
Tapi tak ada pic lah nak tayang.
Sehari dua lagi sampai la kot yang ke 7, 8 & 9. hahahaha
Lepas ni kena stop kejap.
Pokai!! :P