24 July 2013

23-25/6/13 - Cameron Highlands

Cuti-cuti Malaysia pun bermula =)
Sori lambat update.
Mood tak ada sebab pic smua hilang weh.
Transfer masuk pendrive.
Lepas tu pendrive pun mampuih.
Cisss

Hotel : De' La Ferns
Add : Batu 59, Jln Besar Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang.
Tel : 05-491 4888

Room : Deluxe King
Rate : rm304/night

Bertolak dari rumah pun dah pukul 3 petang hari Ahad.
Haruslah sampai Cameron pun dah nak malam.
Sampai lebih kurang pukul 6 lebih gitu.
Check in hotel.
Dapat tingkat berapa tah.
Lupa.
Rasanya macam tingkat 3 gitu kot.


Hotel tak berapa best.
Tak berbaloi bayar 300++ untuk satu malam.
Lagi puas hati duduk Century Pines.
Harga pun murah lagi.
Receptionist pun tah apa-apa.
Muka kelat ja manjang.
Nak lalu lobi pun menyampah.

Sampai pun dah nak dekat malam, maka aktiviti hari tu cuma makan malam sajalah.
Lokasi biasa, astaka kat Tanah Rata nun.
Tersilap pilih kedailah pulak.
Makanan out.
Tomyam tak rasa tomyam.
Ikan stim pun tak berasa.
Pendek kata serba serbi out belaka.
Lapar punya pasal, so makan sajo.


Aktiviti Naim tetiap pagi dan petang.
Haruslah berendam :P



Esoknya macam biasa.
Breakfast.
Makanan ok.
Buffet jugak walaupun hari biasa.
Kalau Century Pines hari biasa memang tak ada buffetlah.
Limited ja.
Ni ajalah pic yang ada.
Yang lain gone.
Sob sob sob


Baby besar ni bukan makan pun menda alah yang amik untuk dia tu.
Punyalah payah tau budak ni kalo nak suruh makan.
Jenuh.


Habis makan dengan tak mandinya sekor-sekor, ehhh abah depa mandi la :P ronda-ronda kedai tepi hotel tu.
Beli fridge magnet ja pun.
Yang lain tak menarik.


Posing-posing kejap.
Medina tak boleh kena matahari tu.
Abis tutup muka.
Puteri lilin ai tu.


Naik bilik balik.
Dan Medina sambung tido.


Then siap-siap nak keluar.



Memula pegi Big Red Strawberry.
Husband kata macam tak advance dah tempat ni.
Sebab dah tau selok belok tempat.
Dan selalu sangat pegi.
Tapi heavenlah pegi hari biasa.
Orang tak ramai.


Naim memanglah duduk tak diam.
Lari sana sini.
Perpeluh ketiak nak hambat. haha

Nak amik pic pun jenuhhhh jugak.
Asyik goyang-goyang ja.


Akhir-akhir ni, aiskrim memang masuk dalam favourite list Naim.
Bagilah aiskrim apapun semua dia bedal.


Lepas tu turun ke bawah sikit.
Lavender Garden pulak.
Mamandangkan hari dah petang, hujan nak turun dan taman tu pun dah nak tutup makanya posing kat luar sajalah.
Plus nak masuk kena bayar, haruslah tak masuk sebab macam ada bunga ja kot dalam tu.




Singgah Bharat Tea.
Pekena cheese cake.
kali ni cheese cake dia tak bestlah.
Tukang masak dah bertukar kot.

Budak bawah ni tengah angin.
Baru bangun tido.
Apa tah yang tak kena, iya-iya nangis :P


Posing pulak kat ladang teh.
Naim syiok tak hinggalah. Siap bawak lori dia untuk korek pasir kat situ.




Shopping teh dulu sebelum balik.
Selalu memang kitorang beli Bharat Tea ja.
Boh tea kat mana-mana pun boleh beli.



Malam ke 2 makan kat Glory 78 Steamboat tepi hotel.
Venue best.
Makanan pun ok.
So enjoy-enjoy ja makan.
Cuma macam biasa kena bersilat dengan Naim ajolah.
Duduk tak diam :P
Macam-macam yang tumpah. haha



Naim tengok ja la abah dan ibu makan.
Dia makan aiskrim ja kot.
Ehh lupa, dengan fries.


Tengah hari Selasa 25hb tu siap-siap nak checkout untuk ke destinasi seterusnya.
Kl pulak.
Sebelum tu singgah ladang Boh Sungei Palas.
Kena pegi Selasa tu lah sebab Isnin tak bukak.


Macam biasa.
Posing dulu selagi boleh ;)
Budak baju biru tu kena dukung sebab dia nak lari :P



Bukan duduk diam ni.
Abis berlari satu kafe.
Ikut sedap kaki dia ja nak lari ke mana.
Bukan tau takut.

Tu muka standby nak lari la tu.


Kami pun nak posing jugak ;)
Jarang ada pic bersamalah kitorang ni.





Ok masa untuk keberangkatan suda.



Kl here we comeeeee!
Macam biasa kalo rajin ai belogkanlah nanti episod yang seterus dan seterusnya.
Daaaa

19 July 2013

Shawlalala

Sekarang musim ai gila shawl.
Tapi mostly pakai masa lepas waktu bekerja lah.
Al maklumlah kalo hari kerja ni time limited.
Tak kuasa la nak melilit bagai,
Kecuali mai mood rajin terlebih.

So last week order 3 lai shawl dari Radiusite.
Laiqa halfmoon selai rm39..
Kain chiffon, kualiti pun ok.
Dan tebal jugak. Tak jarang.
Tapi macam tak sesuai la pakai halfmoon, cutting pendek,
Sayang jugak tapi jual ajalah balik if ada yang mau.


Then order pulak Thara by Sugarscarf.
Stretchable cotton lycra.
Suka sangat.
Sebab, tak payah iron.
Tak payah pakai inner sebab dia tak licin.
Duduk elok aja.
So order 4 lai printed.
Sebelum ni dah pernah beli selai tu yang konfiden rembat 4 lai terus.


Luv dis thara so soooo much.
Awatlah tak ada plain jugak.
Kalo ada plain harus kuborong smua color.

Yg shocking n dusty pink atas ni from Kznabihah.
Ikhlas cakap, wont buy their shawl anymore.
Gila tak ada kualiti punya shawl.
Selai rm25 ja tapi below my expectations lah!
Bau kain dia pun dah boleh tau tak best.
Jahitan dia pun out.
Senget benget.
Menyesal nak mampuih beli sampai 3 lai.
Makanya buat amal jariah la kat sapa yang mau. heheh
No wonderlah radiusite masih jadi rebutan.
Sebab kualiti tu setanding harga la kot.

Tata. Gud nite!

14 July 2013

My Ephyra

Saya baru 4 hari menjadi pengguna ephyra.
Sebenarnya alert dengan produk ni dah lama dah.
Cuma baru terasa nak try.


Kalau tengok pamplet macam banyak kebaikan la ephyra ni.
Mostly untuk skinlah.
Bagi lembab-lembab gitu.
Maklumlah bila umur makin naik kolagen kita pun makin kurang.
Jadik kenalah topup.


Rasa dia sedap, rasa buah oren gitu.
Nak telan pun senang, pendek kata enjoy ja.
Saya bancuh pakai air sejuk.
Mabeles.

Price 197 untuk 30 sachet.
Tahan sebulan ;)
Tapi untuk kotak 1st ni saya makan pagi n malam.
Boleh bagi kesan lebih cepat kot. heheh

10 July 2013

Hepi 31st Birthday Abah Naim&Medina

6 Julai 2013 besday husband.
Blurr dah tiap kali besday laki.
Asyik tak ada idea nak beli apa.

Plan awal macam nak belanja makan sekali kat Victoria Station, TGI or The Ship.
Saja nak try steak yang dikatakan best-best nih.
Tapi bila tengok semuanya tak ada Halal, maka sudah jadi was waslah.
Tambah pulak bila survey macam-macam cerita dok ada.
So cancelled.

Makanya terpikirlah nak try Damiral's Grill Bandar Perda, Pmtg Pauh nih.
Last minit plan pun.
Memang best steak dia.
Harga pun berpatutan.
Silalah pergi.


Ini saya punya.
Tenderloin steak with black pepper sauce.
Sos dia memang sedap sluurrrrrpppp
Terliur pulak sambil menaip nih.
Dahlah puasa wehhh

Act bawah daging tu ada ubi tiga ketul macam hash brown tu.
Cuma dia terlindung.
Malu-malu di bawah daging.
Harga rm38++


Ini husband punya.
Bbq lamb shank.
Baru rm28++ kalo tak silap.

Tempat ni boleh masuk fav list kalo nak makan western lagi nanti.


Hadiah pulak beli lewat dua hari.
Sebab memula kan tak konfem nak beli apa.
So macam rilex-rilex saja.

At last husband pilih jam tangan.
Macam biasa, Tissot memang favourite brand kot.


Ai sponsor takat 1k sajo.
Bajet takat tu aja yang diluluskan.
Selebihnya tuan hadiah tambah rm sendiri. ahaks!


Jam ni op coz pilihan ai jugak ;)
Husband selalu on ja dengan pilihan saya.
Selalulah, tapi ada jugak yang kena reject. heheh
Tergoda dengan yang ini sebab nampak sporty.
Kan 'racing touch' di situ.
Rasanya real lagi nampak menarik tertarik.
Banyak function pulak.

Nyway Hepi Besday to my dearest hubby, Encik Mursyid.
I LUV U sooooooooOOOOooo much ;)
mmuahhhhhhhhHH

Selamat berpuasa to ALL!!