31 May 2013

Holaaaa

Salam Jumaat everybody. 
Lama tak tepek muka sendiri.

Hari ni rasmi abaya ke 2 dari Dubai.
Husband beli 3 pasang masa pi Dubai baru ni.
Tapi pakai shawl Radiusite saja.
Sebab shawl ori dia all black.
Terasa macam mak arab pulok *walaupun takdak muka arab. kalo pakai serba-serbi hitam.

Layankan saja la muka bulat ni.
Haha
Mata kanan adalah ketumbit.
Tah apa-apa la.

Seumur hidup tak pernah kena ketumbit dan sewaktu dengannya.
Lepas beranak ke 2 ni masuk kali ni dah dekat 7 kali rasanya dok naik ketumbit.
Nak kata mengintai takdak la pulak.
Selalu tengok terus ja.
Apa barang nak intai-intai kan.
Hahaha


Kasik bayang saja dah la abaya nih.
Tak kuasa nak tangkap pic full sebab belum kurus lagi. heheh


Mood nak coti-coti dah dok mai dah.
Tapi tunggu lepas cuti sekolahlah.
Baru enjoy.
Tak ramai orang.

Act dari lepas abis pantang haritu lagi nak jalan-jalan.
Tapi baby kecik sangatlah pulak. 
Payah, renyah dan sebagainya.
Lakilah yang kata.
Ai ok ja.
Sebab dia yang nak kena hambat Naim. haha

En Mursyid, jadik kan? kan kan
Dekat-dekat pun takpa.
Ok? Ok?
Hahahahahaha

Tata!

23 May 2013

Aturan Penggunaan SK-II

Nak ucapkan tahniah untuk diri sendiri!
Sebab berjaya pakai Sk-II secara konsisten.
Tanpa culas.
Setakat ni lah. ahaks!

I am in love with SK-II.
Pertama sebab dah beli mahal-mahal *bajet sendiri okeh! bkn sponsor :P
Kedua sebab hasilnya nampak best walaupun time tu baru 2-3 hari guna.
Ketiga sebab dia selamat dipakai dulu, kini dan selamanya.
*dah macam slogan umno pulak.
Diam tak diam hampir sebulan jugaklah pakai.

Yang penting dia tak mengandungi bahan yang boleh menghakis dan memudaratkan diri.
Pendek kata, enjoy!
Enjoy betul tetiap kali nak pakai.
Serius.
Rasa seronok ja nak pakai.
Semangat gitu.
Harap-harap berpanjanganlah.
Jangan jadi macam Clinique dan Clarinsku.

Time beli ritu orang kan ramai, so tak sempat nak dapat penerangan yang betul-betul clear pasal aturan pemakaian.
So dua kali jugaklah pakai moisturizer sampai tiga jenis sekali. hahaha
Padahal memang la ada 3 jenis, tapi pilih pakai 1 ja dalam satu-satu masa.
Nasib baik  teringat nak call kaunter sk2 Sunshine tu untuk konfemkan.

Meh nak share aturan pakai untuk rujukan penggunaan produk sk2.

1. Facial Treatment Cleansing Oil



Pakai sekali ja sehari.
Time balik keja petang tu, time muka penuh dengan bedak dan lain-lain alat solek.
Cuci muka pagi tak perlu pakai sebab muka dah bersih kan.

Pamkan setengah or satu pam berdasarkan keperluan.
Kalo rasa hari tu mekap terlebih pamlah lebih sikit supaya boleh cuci dengan lebih coverage. heheh
Then urutkan seluruh muka, especially kawasan yang banyak pakai mekap.
Macam saya, lebihkan kawasan matalah.
Maklumlah mekap pun tang mata ja kasik beso :P

Dah abih urut-urut tu basahkan dedua tapak tangan, urutkan muka kali ni campur air sikit.
Sampailah rasa hilang kesan minyak kat muka sebab bila minyak kat muka tu bercampur air dia akan totally bertukar menjadi air.
Dah tak rasa berminyak dah.
Then cuci dengan air dulu muka tu.


2. Cleanser



Lepas tu teruskan dengan Cleanser.
Letak secoet ja dah cukup.
Campur air sikit, gosok kasik buih.
Then cucilah muka.


3. Whitening Source Clear Lotion atau Facial Treatment Clear Lotion



Lepas lap-lap muka, amik salah satu Lotion (dlm bahasa biasa adalah toner. sk2 panggil lotion) yang disyorkan pamkan *kalo jenis pam. dekat kapas muka.
Sapukan seluruh muka termasuk leher.
Lotion ni berfungsi mengclearkan kulit-kulit mati kat muka kita.
Sk2 tak ada scrub untuk hilangkan kulit mati macam lain-lain produk.
Rasa macam best ja sebab tak payahlah nak menyental-nyentalkan.
Main sapu ja kulit pun licin.


4. Facial Treatment Essence



Tuangkan sikit atas tapak tangan.
Lepas tu sapu dedua tapak tangan, terus tepuk-tepuk kat muka dan leher sampai rasa essence tu sebati dengan kulit.

Boleh jugak guna kapas muka tapi saya rasa macam membazir pulak sebab dia nanti serap lebih banyak kat kapas.
So disyorkan guna tapak tangan saja.
Mudah dan jimat.


5. Facial Treatment Repair C



Sapu kat muka dan leher.
Repair C ni best, tak melekit.
Lepas sapu kejap ja dia masuk dalam kulit.


6. Eye Cream



Colek sikit guna jari manis.
Sikit ja cukup untuk area keliling mata.
Then ratakan guna dedua jari manis.
Sapu area kedua-dua mata.
Siap!

Eye crem ni boleh pakai pagi dan malam.
Tapi saya pakai malam ja, jimat masa.


7. Facial Clear Solution atau Stempower atau Cellumination Deep Surge Ex


Pakai salah satu ja.
Oleh kerana saya ada ketiga-tiga menda alah ni, siang saya pakai Solution.

Malam pakai Stempower atau Cellumination Deep Surge.
Mostly pakai Deep Surge tu sebab lebih cepat meresap.
Kurang melekit dan wangi jugak.


8. UV Lotion (siang)



Kalo siang, lengkapkan dengan pemakaian UV Lotion.
Lepas tu baru pakai bedak dan lain-lain mekap.

* Masker kalo nak guna adalah selepas Lotion.
Lepas abis pakai mask tu tak perlu cuci, ratakan dan lap ja lebihan dengan kapas muka tu.
Then terus pakai essence dan teruskan step rutin biasa.


Kesimpulannya :-

PAGI

Cleanser  >> Lotion >> Mask (jika ada) >> Essence >> Repair C  >> Solution >> UV Lotion

MALAM

Cleansing Oil >> Cleanser  >> Lotion >> Mask (jika ada) >> Essence >> Repair C >> Eye Cream >> Stempower or Deep Surge

Sekian laporan penggunaan Sk2 dari saya untuk kali ini.

Mekasseyyy!

16 May 2013

Hair Cut

Ini pic 7hb baru ni.
Bawak Naim pegi potong rambut.
Sebab ibu dah naik rimas tengok rambut dia.
Serabut.
Sikit lagi nak jadi sarang tebuan.
Dahlah rajin berpeluh.


Sepanjang proses potong-memotong tu cengginilah rupa dia.
Sampai ke sudah kena tutup muka dengan towel.
Takmau rambut masuk mulut.


Hasilnya.
Haruslah hensem.
Dia selalu kata, Naim hensem.
alala perasan.


Tata!

14 May 2013

Abaya Pulerrrr

Salam pagi Selasa.
Tiga hari yang pening lalat sebab Medina tak lena malam.
Time abah tak ada jugaklah dia takmau lena. hadoi

Meh hilangkan fenin dengan abaya-abaya chumel lagi cun ni ha.

Baru nak menceburkan diri dengan abaya.
Nak feeling-feeling mak arab pulak.












Cantek-cantek kan.
Kat atas nih antara design yang memikat mataku.
Pikir punya pikir last-last ai amik yang ini saja.
Try yang simple dulu.
250 termasuk shayla.


Kalo ok nanti boleh order lagi.
Ini pun amik masa sebulan setengah jugak nak siap.
Dan yang paling best sebab boleh ikut ukuran sendiri.

Yang berminat boleh terjah fb : Butik Abaya Tini

12 May 2013

Kadangkala Begini

Pernah tak tetiba rasa sediiiih sangat.
Padahal benda yang kita sedihkan tu dah lama berlalu.
Dah bertahun macam tu.
Pendek kata sepatutnya dah tak perlu ingat.
Yang konon kata dah forgive.
Tapi sebenarnya tidak.
Yang katanya dah dilupakan.
Tapi sebenarnya tak pernah lupa hatta sedikit.
Masih terbayang-bayang lagi.
Takut-takut ada perasaan masih berbaki.
Bahkan hampir setiap masa asyik dihantui.
Bila dikenangkan rasa sayu ja hati.
Rasa macam tak dihargai.
Kalaulah boleh dipadam macam huruf di keyboard yang boleh ditekan dengan jari.
Bahagianya hidup.
Mana yang dah tak nak tu hilangkan saja sesuka hati
Jangan dikenang-kenang lagi
Sebab bila dikenang sendiri yang rugi.
Perempuan memang selalu macam ini.
Nampak saja macam happy tapi dalam hati tak siapa pun mengerti.
Tapi bukan semua perempuan ada sama naluri.
Banyak yang penting diri sendiri.
Perasaan orang apa dia nak peduli.
Janji dia senang hati.
Wah tetiba terjiwang pulak.
Tapi ini memang realiti.
Standardlah hati manusia bukannya besi.

Baru sedar, emailku harus dikemaskini.
Moga-moga tak teringat lagi.
Nyahlah kamu dari sini!
Nikmat yang ada harus disyukuri.
Harapnya makin tenanglah diri.

Pengalaman Bersalin Nur Medina

Lamanya entry bersalin Nur Medina ni duduk dalam draf.
Sementara ada masa ni meh nak kasik abih.



Pengalaman bersalin kali ni rasanya lebih mudah dan simple.
Sebab tak ada babak-babak suspen yang tak dijangka dan sebagainya.

Seperti yang sedia maklum, date operation Dr Quah bagi 25 Januari 2013, Jumaat.
Sepatutnya hari Isnin & Khamis ja dia buat operation.
Tapi memandangkan Khamis 24hb tu public holiday, Maulidur Rasul maka date diinjakkan ke hari seterusnya.
24hb tu start pukul 11 malam dah tak boleh makan.
Kena puasa.

Pepagi 25 Jan tu berangkatlah saya ditemani mak, abah, adik dan Naim sekali checkin kat Hospital Lam Wah Ee bilik 271.
Masa pendaftaran bayar sesiap RM4,850.00 untuk pakej czer/single room 4h 3m.

Tapi memandangkan sy balik awal sehari, dorang refund rm5oo lebih gak.
Boleh cover duit nursery baby.
Nursery baby dalam 600 lebih camtu untuk 2mlm.
So kena topup rm 48 ja.
Tak sangka pulak spital nak refund sebab kita request sendiri.
Rezeki lah tu.
Kalo tak kenalah topup duit nursery asing pulak lagi.

Kalo anak sulung oklah dok spital lama-lama.
Tapi bila dah ada anak lain, rasa hari ni beranak terus nak balik.
Serius rindu gila kat Naim time tu.

Ok sambung cerita. hehe

Masa masuk bilik tu dah blurr tak tau nak buat apa.
Then nurse pun masuk pasang pelapik kat katil, suruh tukar baju.
Terbalik-terbalik baju tu saya pakai.
Sepatutnya kan yang tali ikat-ikat tu kat belakang. haha
Lepas tukar baju nurse pun masuk shave bulus-bulus semua. hahahahaha
Gila segan wehh.
Lepas tu dia masukkan ubat bontot bagi berak siap-siap.
Masa nak masuk ubat tu pun dah seriau.
Maklumlah ai kan alergik bab seluk-menyeluk nih.
Nasib baik tak sakit, sebab dia masuk ubat air ja pun.
Lepas tak sampai 5 minit terus rasa nak membuang pun datang tak dapat ditahan-tahan lagi.
Tapi bukan ada apa hasil perlaburan sangat pun sebab dah tak makan dari malamnya.

Lepas dah melabur semua nurse pasang mesin CTG untuk dengar jantung baby.
Time ni FIL semua dah sampai.
Lega sikit sebab ada orang boleh tengok-tengokkan Naim sekali sebab time tu adik ngan abah saya dah balik, nak bukak kedai pulak lagi..
Dorang duduk kejap ja, lepas sembahyang Jumaat baru abah saya datang kejap.

Dah settle bab mesin tu, nurse pasang jarum kat tangan tu pulak untuk drip air ngan ubat.
Nasib baik sekali cucuk ja.
Ai alergik tau sebab kat MH dulu berkali-kali kena cucuk nih akibat kebengongan dokter yang tak reti carik urat.
Padahal nurse buat sekali je dah dapat.

Tapi kali ni yang paling seriau tu bila nak pasang tiub kencing.
Pun alergik akibat pengalaaman hitam *hitam terus. haha. kat MH dulu.
Nasib baik kali ni sekali jolok ja tiub tu dah settle, pedih sikit ja.
Bukanlah nak memperlekehkan MH tapi dulu smpai tak tau berapa kali punya jolok baru ok.
Manalah tak alergik wehhh.

10.30 pagi nurse dah tolak saya ke OT.
Masuk ja dewan tu tak terus masuk OT, transit dulu kat kawasan luar sikit.
Dorang interview serba sikit, amik blood presure, kena bukak baju dsbgnya.
Then dokter bius pun datang interview, bagi briefing sikit pasal jenis bius yang dia nak bagi.

Nak dekat pukul 11 baru dorang tolak masuk OT.
Seram jugak, tapi memandangkann staf hospital semua friendly, rasa ok aja.
Lepas dorang angkat saya letak atas katil OT tu dokter bius pun suruh duduk.
Tapi kali ni tak ada kena peluk bantal tau.
Kali ni punya bius memang tak perasan langsung bila yang dokter tu inject.
Saya cuma rasa macam mata pen dekat kulit.
Ingatkan dia tengah tanda tempat mana nak bius, rupa-rupanya dah siap bius uuu.
Tak sakit langsung.
Dalam 10 minit dah rasa kebas dari pinggang ke bawah.

Dorang pasang palang betul-betul  2 inci depan muka.
Memang tak nampak langsunglah apa yang dorang buat kat perut.
Jangan kata kat perut, bayang lampu pun tak nampak.
Nampak dokter bius saja kat tepi kepala.
Siap tanya kat dokter bius, dah start ke.
Dokter tu suruh bertenang ja jangan takut.
Bukannya takut apa cuma seriau ubat bius tak berkesan ja. heheh

Sepanjang operation tu cuma dengar dorang letak alatan ngan bunyi macam vacum ja.
Dokter vakum air dalam perut agaknya.
Tak lama lepas tu baby pun keluar =)
Suara masyaallah punya kuat.
Dorang cuci baby kat tepi ja, boleh nampak dorang masukkan tiub sedut peparu baby tu.
Then dorang tunjuk ngan bagi kiss baby ;)
Lepas tu baby kena masuk nursery.

Rasanya saya dalam OT tu setengah jam saja.
Yang lama sikit sebab kena pantau dulu kat luar OT sebelum boleh masuk bilik semula.

Lepas dah masuk bilik dalam pukul 12 tu still ok lagi.
Dalam pukul 1 lebih, bila ubat bius dah beransur hilang barulah terasa tak tau nak khabor.

Last time saya tak rasa macam ni tau.
Kali ni rasa sakit macam senggugut tapi tahap maksima punya.
Rasa kontraksi rupanya, nurse yang bagitau.
Kontraksi sebab rahim nak mengecut.
Serius yang inilah yang paling sakit berbanding sakit masa memula nak bangun.
Sebelum ni asyik takut time nak mula bangun dari katil, bila nak mula jalan.
Tapi kali ni masyaallah lagi hebat rupanya.

Nurse bagitau kalo rasa tak tahan inform dorang, nanti dorang bagi injection kat punggung.
Saya still cuba tahan sampai pukul 7, at last dah tak tahan sangat mintak dorang inject.
Tapi tak hilang jugak pun, try nak tido pun tak bolehnya nak lelap pun.
Malam pun cucuk lagi, then baru boleh tido kejap.

Esoknya alhamdulillah sakit kontraksi tu hilang terus. Lega sangat.
Tapi tengah hari tu dah nak kena start jalan.
Tapi dah ada pengalaman tu dia lain sikit.
Pandailah nak pedo kat mana patut.
Sakit memanglah sakit.
Kali ni rasa cepat recover.
Hari ke 6 dah tak rasa sakit langsung kat luka operate tu.
Jalan pun takyah cover-cover sangat dah.

Dan memandangkan susu tak mau keluar masa dok spital tu maka campurkanlah jugak susu formula.
Memula iya-iya sign surat nak fully breastfeed.
Tapi nak buat cemana kan.
Apa-apa ajalah asalkan baby tak lapar.
Hari ke 5 baru susu start keluar.

Kali ni memang banyak bagi direct kat baby.
Malas gila pulak nak mengepam.
Dan kali ni puting tak ada lah luka-luka macam masa Naim dulu.
Maybe sebab baby girl dan jugak dah tau cara yang betul.

Berat masa hari nak bersalin adalah 91kg okeh.
Memang membesar dengan jayanya.
Dalam seminggu dah tinggal 80kg gitu.
Tak taulah apa yang berat sangat dalam perut tu.
Medina baru 3.2 aje.
Hujung pantang dok statik 73kg

Masa Naim dulu berat max 89kg.
Tapi eloklah masa tu berat asal baru 66 gitu.
Naik 20 kg lebih kooo.

Sekarang masih dalam usaha nak menurunkan lagi berat yang memang berat betoi nak turun.
Target adalah 65 at least.
Oklah dengan tinggi 160 kan. heheh

Dan nama Nur Medina dipilih saat-saat akhir.
Sama macam abang Naim.
Idea, of coz dari ibu sebab abah pun tak ada idea.
Abah cuma bagi kelulusan sajo.

Memula ibu dah berkenan nama Nur Maryam.
Tapi abahnya pulak tak mau.
Makanya jadilah Nur Medina.
Nama naim urup N ikut ibu, maka nama Medina kena la ikut abah pulak.
Susah la nak cari nama perempuan urup M.
Tak banyak yang sedap dan bagi makna elok.
Yang makna elok banyak ja tapi tak sedap pulak.
Dah tu cemana.

Act saya suka nama yang bukan orang dok guna la ni.
Macam nama Naim.
Klasik sikit.
Ye lah, time orang dok guna rayyan, daniel, danish tetiba kita amik Naim.
Kan ke special sikit. heheh

Tapi Medina ni ramai la tapi tak seramai nama moden yang lain kot.

Untuk next baby bolehlah pertimbangkan nama-nama lain.
Calon-calonnya adalah.
Maryam.
Muaz.
Luqman.
Mungkin boleh buat rayuan dengan nama-nama ni nanti. hahaha

09 May 2013

Fenin

Whoaaaaaa
Nanti-nantilah sambung blogging.

Sekarang tengah demam sempena PRU13.
Tengah pening tengok fb.
Hang kata aku.
Aku kata hang.
Dan yang lawan kata mengata tu semua orang Melayu.
Beragama Islam.

Apa punya turrr da.
Benda yang dok lawan kata-mengata tu pun tak ada bukti yang benar-benar sahih.
Kalau dah benda tak sahih kira fitnahlah.

Untung orang yang kena fitnah.
Dapat banyak pahala free.

Yang sudah tu sudahlah kan.
Terimalah keputusan dengan seadanya.
Renung balik tang mana yang tak kena.

Yang pentingnya, biarlah apa-apa keputusan yang kita buat tak menggadai agama, bangsa & negara!

Sekian.

03 May 2013

Sk-ii Cleansing Oil

Yuhuuuuu
Semalam udah tambah sk2 punya cleansing oil.
Maklumlah selagi tak complete set ni pungkok tak senang duduk.
haha

Cleansing Oil : Rm212
Tapi menda alah ni memang superb.
Bau pun best.
Guna sekali sehari sahaja.
Specially untuk hilangkan kesan makeup.
Sebelum cuci muka petang or malam tu boleh pakai ini dulu untuk double cleansing.
Barulah kulit muka betul-betul bersih dan tak tersumbat.
So untuk pagi esoknya tak perlu pakai dah, terus ja cuci dengan cleanser.

Beli nih dapat voucher rm20.
Jadi cuma bayar 192 sajo ;)

Semangat betul promot sk2 eh.
Tapi memang berbaloi.
Sesuai dengan kulit saya.
Nasib baik, jadik tidaklah membazir.

1st thing yang perasan bila mula pakai sk2 ni adalah :-
- pores dekat hidung dan tepi-tepi hidung tu makin mengecik.
- kulit jadi glow. sikit ja, sebab baru pakai nak masuk seminggu.
- kulit jadi lembut gila. feel macam baru lepas scrub. serius tak tipu.

Sk2, i'm in love with you =)

01 May 2013

30 Sudah

Hepi besday to me! ahaks!

Besday adalah Isnin 29/4.
Umur?
30 dah pun.
Rasa macam baru je habis sekolah semalam.
Serius.
Tak terasa masa yang berjalan.


Alhamdulillah tahun ni dapat gelang mami liplapliplap.
Haha marah pulak mami nanti kata depa liplap.
Tapi memang pun. heheh

Sebenarnya tak sangka pun nak dapat emas tahun ni.
Sebab lepas umah kena masuk penyamun hari tu memang tak konfiden nak simpan benda-benda berharga dalam umah ni ha.
*kalo rajin nanti saya cerita.

Lagipun saya tak rajin pakai sangat.
Abis kuat pun time raya sajalah.
Kenduri pun tak adanya nak pakai.
Kalo rasa betul-betul nak pakai barulah keluarkan.

Ahad pepagi buta tu tetiba ja husband suh pilih.
Wah macam kucing mengantuk disorongkan bantallah.
Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. haha

Maka Ahad tengah hari tu berangkatlah kami berdua ke sana.
Sana tu.
Ala buat-buat tak paham puleks :p

Masyaallah kedai emas.
Tapi macam jual apa ja.
Orang punya ramai.
Kaya-raya tokei kedai tu.

Emas kat Kedai Anuar Bandar Perda, Penang ni memang murah gila berbanding area pulau.
Kat pulau sekarang rm160/g kat dorang baru rm143/g.


Dah tu, upah pun boleh nego sampai ke titisan darah terakhir. heheh
Macam gelang 2 ketul tu kan, seketul upah baru jatuh rm48 sajo.
Harga emas mantain la 143/g.
Sebenarnya bajet memula seketul saja.
Pilih punya pilih tetiba telah menjadik dua ketul :p

Hari Isnin dah ada geng tak senang duduk sebab emas murah kan.
*maunya tak senang duduk, orang lain yang plan nak beli orang lain dapat dulu. heheh

Maka berangkat pulak esoknya dengan opismatesku dua orang tu melawat itu kedai emas lagi.
Gagah ooo menyeberang bridge tengah-tengah hari buta.


Kali ni kononnya nak tengok saja.
Tetiba terrrrbeli la pulak seketul cincin nan chumel.
Sebab corak dia unik.
Ala-ala cengkerang siput gitu.
Corak jarang jumpa.
Berat 1.94g saja.
Tau upah berapa?
Rm12 ja weh.
Memang mendapatlah.

Masa try rasa macam ok pakai kat jari manis.
Dah balik tu rasa berpusing-pusing longgar pulak.
Terkurus sikit kot. kahkahkah
Kena pakai jari tengah ler nampak gayanya.

Nyway, terima kasih bebanyak to my dearest husband sebab sudi belikan saya barang mahal-mahal tu ;)
Buat susah-susah ja. ahaks!

Semoga bertambah rezeki.
Boleh belikan lagi.
heheh
*tapi tudung n skincare semua dia tak support tau. sendiri punya rm. lakiku invest dekat benda yg ada untung sajo.