30 April 2013

Padanlah


Padanlah!
Dan padan muka.
Mukaku jua.
hahaha

Nur Medina Sudah 3 Bulan

Hai kawan-kawan.
Medina dah besar sekarang.
Dulu last ibu update pic masa hari ke 2 kot kalo tak silap.
Sekarang sudah 3 bulan.


Dah macam-macam peel juga.
Pandai bersembang dah sekarang.
Tapi bersembang cara dialah.



Dan pantang tak nampak orang dekat-dekat dia.
Asyik bunyi ja.
Kalo kena baring lama-lama tu nanti dia marahlah.
Nak suruh angkat.

Abang Naim pun dah beberapa kali ditangkap dalam cubaan nak mengangkat Medina.
Hadoi.
Caringlah konon.
Tapi abg Naim punya caring ikut mood tahu.
Ada time mood ke laut tu dia buat tak nampak ja Medina dalam buai.
Saja-saja langgar.
Abang Naim...abang Naim.
Ibu nak marah sangat pun tak berapa nak cerdik lagi.

So far perkembangan abang Naim dan Medina adalah memberangsangkan.
Alhamdulillah ;)

29 April 2013

Katakan TIDAK kepada TABITA

Tabita skincare.
Siapa pernah dengar?
Siapa yang taksub nak cepat dapat kulit cantik *kononnyalah... konfem pernah dengar.
Produk ni dari Indon.
Biasalah benda macam ni dia macam tsunami.
Naik mendadak turun pun mendadak jugak.



Seriuuuuussly, dis product tidak disyorkan sama sekali!!!
Jangan beli.
Jangan beli.
Dan jangan beli.
Tapi kalo nak beli jugak terpulanglah.
Rm masing-masing.
Sebab saya pun dah terpedaya dek promosi kat blog-blog mereka yang menjual tabita nih.

Saya kan.
Pompuan yang tamak. haha
Masa beli tu, tak mau-mau beli yang besau terus.
Act memula dah bayar untuk trial set rm186.
*Trial set pun repacking oleh dealer uols.
Lepas tu cemanalah boleh ubah fikiran tukar yang exklusif set terus rm330.
Kononnaya boleh pakai lama.

Hari barang sampai tu, masa 1st time nak pakai tetiba cleanser dia terjatuh dalam bilik air.
Maka berteraburlah isi perut botol tu.
So cepat-cepatlah saya kaut dengan dedua tapak tangan isi dalam botol balik.
Rugi wehhh beli mahal!

Lepas dah cuci tangan semua rasa tapak tangan pedih.
Masa tu rasa macam dah tak sedap hati.
Dekat tapak tangan pun menatang ni dah pedih apa lagi kalo sapu kat muka kan.
Tapi dasarrrrr nak cepat cantik.
Pakai jugak uolllssss.

Then pakai smooth lotion dia pulak.
Bau tu memang bau asid.
Sebab tu orang mengandung tak boleh guna produk ni.
Tapi dasarrrrr lagi.
Kan nak cepat cantek.
Pakai jugak dengan day n night cream dia.

Masuk hari ke-2, baru 4 kali pakai kulit dah rasa menggerutu.
Serius menyesal gila babis beli tabita tu.
Kalo tak, lepas beli Pearl Haya 2 lai tau.
Kalaulah kutahu...

Lepas dah stop pakai tu baru muka mula mengelupas.
Then bahagian yang disapu dengan benda alah ni jadik macam terbakor.
Jadik merah nak gelap.
Macam pakai topeng gitu.
Lakiku kata macam alien. Cisssss

Rasa tak tau nak habaq orang utara kata.
Rasa nak nangeh pun ada.
Ye la kulit elok-elok saja cari pasal.
Ehh taklah elok sangat, misi sebenarnya nak mengurangkan dan mengatasi open pores.
Itu aja.

Tak pernah lagi rasa menyesal nak mampuih macam ni tahu.
Serius gila menyesal.
Haaa amik kau nak gambarkan ayat menyesal yang tak dapat digambarkan kemenyesalan itu.
Menyesal menyesal dan menyesal.

Selepas ni cukupkah pakai produk yang well known.
Bukan setakat well known, tapi biarlah dengan feedback yang positif atau sekadar biasa-biasa aja.
Yang pasti bukan feedback yang menakutkan seperti ini.

Dan dengan ini saya secara seikhlasnya menasihatkan sesiapa yang berhasrat nak guna produk ni berfikirlah beribu-ribu kali sebelum menyesal *menyesal lagi.. seperti saya.

Sekian.

* ini tabita original okeh. kang ada pulak makhluk yang kata ni fake punya.
* yg asli pun dah bau asid, yang fake bau cemanalah agaknya. tepuk dada tanya selera dan kulit muka memasing.

28 April 2013

SkII

Finally.

Cleanser 120g rm219 ;
Facial Treatment Essence 330ml rm699 ;
Eye Treatment 15g rm356

Selepas tido malam yang tak berapa nak nyenyak malam semalam dek memikirkan promosi sehari sk2 kat Sunshine Square hari Sabtu tu.

Sebab kalo terlepas promo tu tak sure pulak bila dorang nak buat promo lagi kan.
Act Sabtu tu Sunshine Card Day sebab tu la yang ada promo bagai.

Makanya seawal jam 10.30 pagi saya dah sampai kat kaunter dorang.
Itupun ada ramai lagi yang sampai lebih awal.
Nasib baik promo beli produk rm1200 & dapat free barang tambahan bernilai rm1200 still boleh dapat lagi.
Sebab dia limited untuk 50 orang terawal saja.

Tapi yang dapat free barang saiz besar pun dua ja walaupun dorang kata free 1200.
Yang lain sample kecik-kecik jugak.
Jadiklah daripada tak ada kan.

Kalo ikutkan kena reserved sesiap masa singgah Sunshine semalam.
Tapi masa tu tak berapa nak konfem lagi nak beli atau tak.
Maklumlah time tu pegi dengan laki.
Asyik kena bebel ja sebab Clarins hari tu pun tak habis pakai. haha

Maka terbantutlah hasrat pada mulanya.
Tapi pikir punya pikir, maka sudahnya terrrrbeli jugak.
heheh terrrr tu :p

Inipun ada benda yang belum masuk list.
Mask.
Cleansing oil.
Clear lotion, sebab kali ni dia bagi whitening lotion dulu sebab kulit sensitive.
Lepas habis tu baru sambung pakai toner normal.

Baru tau sk2 tak ada scrub eh.
Kagum kejap.
Sebab dia buang kulit mati masa kita pakai toner/lotion saja.

Then register member card sekali untuk collect point setiap kali beli barang.

Ini semua barang free.
Cuma tau price Facial Clear Solutions 100ml rm268.

Makanya malam tadi jugak sudah start pakai dan semoga bergelow-gelowlah mukaku ini. ahaks!

Insyaallah kali ni nak pakai secara konsisten dan berterusan.
Maklumlah umur pun dah masuk 30 series tak boleh malas-malas jaga muka dah.
Walaupun tadi amoi sk2 tu kata ai tak nampak macam 30 pun.
Nampak gaya cakap tu ikhlaslah bukan bodek punya. heheh jangan mare :p

Lepas bayo sk2 singgah beli shirt pulak kat Goggles.
Dapat 3 lai u.
Harga selai rm29 sajo.

Baru terperasan, saya adalah seorang yang sanggup spend banyak untuk skincare, kesihatan dan tudung!

Untuk benda-benda macam  baju, kasut or makeup product saya adalah sedikit berkira.

Dan nasib baiklah saya bukan seorang penggila handbag.
1 pun dah cukup dalam satu-satu masa.
Itupun jarang pakai.
Pegi opis pun lebih selesa bawak wristlet saja.

Save di situ kan ;)
Balance. heheh

27 April 2013

s26 Gold

Latest stock susu untuk Naim dan Medina.



Harga kena masuk blog untuk rujukan akan datang.
Kalo harapkan resit ja memang ada harapan resit ghaib tanpa dapat dikesan.

Start 25-27 April 2013 ada promotion untuk susu S26 Gold Langkah 3.

Beli 6 kotak 1.2kg, dapat free 1 kotak 1.2kg.
Price pun dapat yang terbaiklah kat 98 Mart, Terengganu Road tu, Rm62.30/1.2kg.

So abah Naim borong 3 karton.
Stock untuk 3 bulan lebih kurang.

Susu Medina S26 SMA Gold pun dapat Rm56.30
Harga asal kat kotak pun dah naik bulan ni.
Jadik rm63.
Ini amik 1 karton saja.
Bulan sudah masih rm60 harga kat kotak dan bila beli kat kedai tu dapatlah rm54.

Sakan betul harga susu sekarang ni.
Stock 3 bulan untuk 2 orang hampir rm1800.
Wat to do kan.
Nak bagi yang terbaik untuk anak.

Lagipun abah Naim yang bayar, ibu relax ja la. heheh

19 April 2013

Testing

Testing2..

Thru henpon kooo ;)
Pakai tepon sblm ni dia xkluar urup.
Ni dah ada urup bole la blogging pakai henpon sajo.

Cewiiiii kejap. hahaha

11 April 2013

Selamat Pagi Kuucapkan Padamu

Assalamualaikum w.b.t

Morning Malaysia!

Naim suka nyanyi "Terima kasih kuucapkan padamu"
Ala lagu kat tv tu ;)

Banyak benda nak hapdate sebenarnya tapi macam biasalah bila mood R tak datang lagi & mood M menguasai, cengginilah jadinya. heheh

Nantilah rajin-rajin sikit ai kasik hapdet :P

Well minggu ni sudah start keja.
Mood masih terawang-awangan.
Maklumlah 3 bulan makan tido makan tido.
Bila kena keja balik ni rasa macam new staf pulak.
Blurrrrrrrr memanjang.

Haha blurrr dah nih. Tata :P