28 May 2012

Short Vacation

Akibat keterujaan dapat good news bakal terima baby baru, maka cerita coti-coti Malaysia pun tertunda.

Well, tak pegi mana sangat pun.
Tempat rutin ja, Cameron Highlands ;)

Act hari Rabu malam lagi dah bertolak ke Bangi.
Pukul 2 pagi jugaklah sampai kat sana sebab bertolak pun dah nak dekat pukul 10 malam.
Check in 101 Hotel berdekatan Fareeda tu.
Hotel tak banyak star, tapi not bad.
RM80/nite.
Pic xdaq :P

Esoknya pegi Fareeda HQ Amik stok tudung.
Kali ni pun dapat tak banyak sangat.
Tapi bolehlah pada tak ada kan.
Itupun load sehari dah fully booked.
Maklumlah tudung Fareeda ni permintaan sentiasa hot ;)

Pukul 6 lebih baru settle semua urusan kat butik.
Terus head to Cameron.
Baru ja keluar daripada area Bangi baru perasan Notekuuuuu tak ada.
Huishhhh menggagau carik satu keta.
Call punya call tak pulak dengar bunyi.
Dalam ati tu abihhhh dah henpon haku.

Dahlah hadiah, sayang ooooo.
Benda yang dapat hadiah daripada orang tersayang ni kalo hilang tu memanglah, rasa bersalah sangat-sangat.
Kalo beli sendiri, walaupun mahal, ralat dia tu tak sebanyak kita hilangkan barang yang orang hadiahkan.
Apa-apa aja benda yang dihadiahkan ada sentimental value tersendiri walau berapapun harganya.
Iye tak ;)

Last-last dalam kepasrahan dah tak tau kat mana nak carik dah baru tergerak hati nak bukak dashboard.

Pheewwwww lega tak tau nak habaq uuuu.
Terus mood bertukar ceria balik.
Terslowkan sound dia sebab tulah call pun tak dengar.

If ilang betul-betul kan mesti hilang mood ai nak naik Cameron. haha
Nasib baik.
Next time no careless2 haaa :P

So perjalanan diteruskan, mendaki ikut Simpang Pulai.
Iye la dah malam kan, husband pun tak berani lalu Tapah.
If awal lagi memang plan ikut Tapah je, boleh singgah air terjun kat tetengah tu.

Sebelum tu singgah RnR Tapah.
Isi perut, lap-lap Naim dengan kain basah then tukarkan baju dia.
Nak bagi mandi kesian pulak sejuk.

Sampai atas dah pukul 11 malam.
Check in kat Century Pines.
Then, tido la kan. Apa lagi?

24 May 2012

Supppprriseee!!

Tadaaaaa!!!!!


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memurahkan rezeki kami sekeluarga.

Sememangnya rezeki kali ni betul-betul diluar jangkaan ;)
Tersilap bajet daaa..haha

Iyalahkan hari tu iya-iya kononnya bulan 10 baru nak start proses, so bulan 7 tahun depan cukuplah umur Naim 3 tahun time nak terima adik.
Tapi tulah, dah ditakdirkan rezeki sampai awal sikit.
Syukur, kami terima dengan hati dan tangan terbuka.

Tetiba terbayang debaran bersalin. huhu
Mengandung ok ja, saya suka.
Sebab bila mengandung ni rasa mcm comei, cute ja. haha
Sini naik, sana naik. Tak ke comei namanya :P

Act period saya dah lewat seminggu time buat UPT (Urine Pregnancy Test) tu.
Last week coti-coti Malaysia, masa tu belum balik umah lagi.
Still kat Taman Tasik Taiping.
Dah tak menyempat nak test sebab nak tau result.
Singgah toilet kencing siap buat test lagi. heheh

Mula test pakai upt yang biasa tu je.
Ada line tapi macam kabur sangat-sangat.
Tak berapa puas hati disitu.

Malam tu bila dh sampai umah suruh gak husband singgah Guardian, beli Clear Blue punya digital upt.
RM26.90/pc. Mahal sikit tapi memang puas hati.
Upt ni boleh detect hormon at least 4 hari sebelum tarikh jangkaan period.
Dulu masa memula pregnantkan Naim saya test sebelum due period okeh.
Punya tak menyempat. haha
Masa tu lagi teruk, sampai 9 kali test pakai upt biasa tu.
Akibat tak pueh ati line merah tak naik dua line tu yang last-last beli digital punya.
Biar mahal sikit asalkan puas. heheh
Yelah jenis line-line ni kan dia kena tunggu hormon tinggi baru bole detect.

Dan akibat keterujaan dalam ketidaksangkaan, *apa punya ayat daa! maka today dah start bukak buku merah kat klinik kesihatan ibu & anak.
Cuma yang tak syioknya awal-awal lagi dah kena taging hijau.
Means kenalah jumpa dokter tetiap kali appointment.
Kena pegi Klinik Taman Tun Sardon nun.
Dulu pegi klinik kat Marin tu ja senang, tak ramai orang.
Tapi sebab Naim dulu kena C-sec, haruslah 2nd time ni dorang pantau lebih sikit. huhu

Dan tadi jugak dah start shoping baju pregnant sikit.
Dan susu untuk ibu mengandung jugak. heheh

Due adalah 21 Jan 2013 ;)
Baby tahun baru.

Hopefully semua ok dan selamat coz baru ni siap makan ubat diet pulak tu seminggu.
Bila nak dekat tarikh jangkaan period baru stop sebab ubat tu tak bole makan time period.
Alih-alih lekat terus.
Padanlah berat tak turun :P

Tapi orang kata Insyaallah la kan, kita tak tau terlekat, nak buat cemana.
Dah tu siap pegi spa lagi.
Urut badan.
Cumanya dekat perut dia urut gitu-gitu je, tak adalah urut macam mak bidan urut.
Insyaallahlah tak ada apa-apa kan.

I love this coming 9 months soooooo much ;)

Oklah, babai.
Mau tido suda.
Nanti hapdet lagi ;)
Kata kena jaga kesihatan kan. heheh

10 May 2012

Words on Thursday

Salam Khamis all ;)

Lamanya tak mencatat di sini.
Tiap kali mukadimah entry baru mesti mengeluh lama tak mencoret. Iye tak?
haha
Tulah kan sapa suruh jadik pemalashhhh
huhu

Sekarang sedang mood coti-coti Malaysia sikit.
Maklumkah laki tengah mc, macam best je.
Best la sebab dia free 24/7.
Kalo tak asyik koje ja 24/7.
Suka laki mc. haha

So sementara laki coti-coti ni jom merangka percutian family.
Family kecik kitorang, ber-3 sajo.
Pegi Cameron je pun.
Tapi macam shukee je pegi Cameron walaupun tak ada apa sangat kat atas tu.
Suka u sejuk-sejuk itu. haha gelak jahat :P

Kalo tau nak coti lama bole join family in law pegi Langkawi.
Tapi macam tak best pulak sebab orang yang tengah mc tu tak boleh kena air pulak kakinya.
Takkan nak pegi Langkawi tapi tak pegi laut kan.
Apa barang.
Larat ke nak mengadap kedai coklat ja kat Langkawi. huhu

Kali ni pilih duduk Century Pines jugak.
Kat area Tanah Rata
1 nite rm 215 sajo. Kalo cuti sekolah mau 300 gak 1 malam.
Tak suka pegi time cuti skul, dahlah ramai, semuanya serba mahal.
Tapi sementara Naim belum sekolah ni boleh la, if dah start sekolah nanti nak tak nak kena la carik time masa cuti sekolah jugak. huhu

Kali ni nak buat proper planning sikitlah.
Selalu main redah je jalan. Aktiviti pun ikut dan ja.

Stay tune. Nanti hapdet coti-coti Cameron naaa. Tata!