31 January 2012

Pity Him

Pity Naim. huhu

Semalam kan cucuk setahun setengah tu. Lepas cucuk tu ok lagi.
Malam tu tetengok dah merah macam semut gigit, tp taklah bengkak macam pagi ni.
Risau betul ibu dia ni ha.


Paha dia memang chubby tapi taklah bulat kembung macm pic kat bawah ni.
Besar sebijik telur ayam gred A tu.

Tengah hari tadi call balik kat nurse klinik kesihatan tu.
Dia bagitau untuk cucuk tiga serangkai memang banyak kes jadik bengkak cenggini.
Normal. Dia katalah.
Dia suruh tunggu dua minggu untuk bengkak tu surut sepenuhnya.
Kalo dua minggu tak surut baru kena refer balik.

For sure I wont wait until 2 weeks uuu.
Penantian satu penyeksaan tau.

Tengoklah dalam 2-3 hari ni cemana, kalo tak nampak tanda-tanda nak surut kena refer klinik or dokterlah jawabnya.



Tapi kan, ini budak...
Rilex juga ada. haha

Makan, minum, main adalah seperti biasa.
Tak ada yang berubah.

Alhamdulillah setakat ni tak nampak tanda-tanda dia nak demam.
Harap sangat dia tak demam.

Dahlah paha bengkak, kang kalo demam pulak akan menimbulkan pelbagai andaian dalam kepalaku ini :P
Takmo takmo.
Tetiap kali anak sakit demam konfem susah ati tahap maksima, tapi orang tak nampak.
Mommies kat luar sana mesti paham apa yang saya rasa kan.
Sebagai ibu, bapak, kalo boleh nak anak sihat sentiasa.


Sekarang si kenit ni dah tido.
Awal betul. 9 lebih tadi lagi dah lena.

Sebab tak tido siang punya pasal.
Kalo tak, pukul 12 pun jangan harap dia lena.
Kitorang tido baru dia tido sama.

Doa-doakan Naim cepat baik eh kengkawan =)

Ok good nite! Tata =)

30 January 2012

Naim is 1.5 Years Old. Bole? heheh

Pagi tadi bawak Naim pegi cucuk setahun setengah.
Genap setahun setengah today, 30hb.

Abah, Naim kata dia nak choc indulgence 1 ;)
Ibu kasitau bagi pihak ja. haha

Hari ni cucuk tak nangeh ok.
Tapi bunyi 'Aauuuu  auuuu' sampai muncung-muncung mulut dia. haha
Selalu nangeh gak, tapi kejap je lah.
Hope dia tak demam, so far tak penah demam lagi sebab cucuk mencucuk ni.
So ini lastlah kena cucuk, tunggu masuk skolah umo 7 tahun baru cucuk lagi.
Tapi still kena pegi check rutin every 3 month, timbang berat cenggitu.

Sekarang berat suda 14 kg =)
Sihat anak ibu. Alhamdulillah. Macam abah jugak.
Tak macam ibu sebab ibu kurus ja. kahkahkah

Eh, si Fareeda kanan ni ai tak jadik amiklah.
Terover bajet suda.


Mana taknya, dah terganti dengan De'noorish Elegance pulak selai :P
Baru nak try 3 layer dia. =)

29 January 2012

Hapdet Lagi uuuu

Kerajinan menghapdet blog yang agak tinggi today. heheh

Nak hapdet my new Fareeda.
Oleh kerana baru start berjinak-jinak dengan 3 layer, kasik hapdet pasal 3 layer ja dulu.

My 1st 3 layer. Cheetah.
Da only cheetah saya ado. Act, cheetah ni banyak kaler.
Hitam, dark choc, lite choc, blue, red, red+black, yellow, green.
Amik hitam senang match dengan baju.
Lagipun baju plain tak banyak.

Order thru FB : Shasila Tokiran

Ijau ni dah ada kat umah, dapat last week =)

Order thru FB : Fiffy Hanna Zolkafli

Dan yang lain ni baru nak mulakan perjalanan esok rasanya.
Naik van Poslaju.
Welcome my darlings chumels =)

Order thru FB : TheHeadscarf PopStyle

Order thru FB : Kasih Madina Desa

Order thru FB : Faten Hamimi Azhari

Kanan will be mine =) Pun thru FB : Shasila Tokiran

Ok STOP.
Itu saja untuk bulan ini. 

Eh eh, lagi 2 hari dah nak masuk bulan lain dah. Cemana? :P

Bulan depan kena posalah nampak gayanya.
Tak pun, breakfast tudung, lunch tudung, dinner tudung. haha
Tapi memang nak kena posa pun, tak abih bayo lagi posa-posaku itu.
Tata.

Eh baru perasan, 4 lai brooch yang sama eh. 
Tapi takpe, brooch itu adalah sangat chantek =)

Sleepy. uuarrrrrgghhh

Waahhhhh tetiba je Naim tersedak dalam tido.
Macam tau-tau ja ibu nak mengata dia. heheh

Mananya tak mengata, ni pukul 8 malam baru nak tido.
Sesiang tadi asyik main ja dia.
Dah tak tahan sangat kejap tadi, minum susu pun tak larat pegang botol sendiri.
Dah tu sambil minum boleh terpejam terus. heheh


Tak sampai dua saat, cenggini dah :P


Ni tak tau dia nak lena kejap atau pun sampai pagi esok terus.
Kalo lena kejap, tak taulah pukul brapa dia nak tido pulak.

Naim panggil kucen : "Cat oooo cat, meh...meh!!" *siap lambai-lambai tangan lagi suruh kucen tu mai kat dia. Cute kan? :P

Tapi, adakah cat tu nak mai kat dia?
Nehiiiiiiiiiiiiiiii!!! Lari lagi ada. hahaha

Kalo cat berada dalam tangan Naim, nescaya cat itu akan serta-merta ditukar menjadi kuda.
Tak pasal ja penyet cat tu nanti. heheh

Penats, Fareedas dan Begs..Ape punye tajuk daaa

Hadoi, penat. Lenguh semua ada.
Satu hari mengemas semalam, dari luar sampai dalam.
Dari tengah hari start, sampai pukul 9 baru settle.
Tu pun tak sempat mop lantai. Tak larat suda. haha

Mananya tak abis lambat, buat keja setengah jam, tenet sejam.
Buat lagi stengah jam, tenet 2 jam pulak.
Buat keja lagi-lagi setengah jam, haaaaaa lu pikirlah sendiri! :P
Itu pun nasib Naim ada kat Batu Maung, kalo ada sana jugak tak taulah pukul brapa nak abis.

Selalunya malas nak belek-belek kat luar umah.
Kali ni dapat hidayah lebih sikit, teroverlah ngemas kat luar sekali.
Abis pokok mak ai uuuuu.
Dari rupa pokok bunga kertas, terus bertukar jadi bonsai dikejakan.
Rimas sangat tengok merambu-rambu ranting dia.
Yang mana ada daun banyak tu abis togel tinggal batang ngan pasu sajo.

Dan rupa-rupanya banyak benda yang Naim lempar kot tingkap tepi tu.
Dah mengemas tu baru jumpa benda-benda yang dia buang kot tingkap.
Macam-macam ada.

Hobi latest dia suka main sorok-sorok barang.
Kasut pun dia sorok belakang meja.
Patutlah dok carik tak jumpa-jumpa.

Sambil-sambil kemas tu kena belek tenet gak.
Cari stok baru buat tambah yang mana dah diletgo kat fb bebaru ni. heheh
Baru ni saya jual beberapa lai Fareeda yang tak berapa nak pakai.
Act, bukan sebab tudung tu tak best tapi sebab sesetengah kaler tu tak banyak yang boleh match dengan baju yang saya ada. Ataupun kaler yang lebih kurang sama ada lebih pada selai.
Masa beli tak terpikior. Biasalah kan :P

Sekarang sudah berjinak-jinak dengan Rozanna pulok.
Lagipun Dania dah tak keluar dah sekarang.

So daripada hasil jualan menjual Fareedas kat bawah ni dapatlah cover beli dua tiga lai rozanna 3 layer.
Tapi belum sampai lagi, baru order semalam.


Act purple ni dah open sale masa 9 Jan hari tu
Ada sorang akak ni iya-iya nak book tapi tunggu gaji 16hb baru nak bayar.
I'm ok ja. 16hb tu saya follow up, memang konfem naklah nampak gayanya tapi mintak tunggu duit orang bank in kat dia masuk.

18hb follow up lagi, suruh tunggu lagi. I'm still ok jugak lagi.
Tapi 25hb tu I cannot waitlah u.
Pm dia thru fb, bagitau payment kena settle dalam 24hours.
Tak kuasa nak tunggu lagi.
Non ada reply ape pon.
So good bye je ler.

Anything cubalah inform, ngokngek punya orang.
Menyusahkan haku tunggu lama-lama.
So settle, dah jual pun kat orang lain.


Act saje nak letak pic jugak, kenangan ni.
Semua dah jual kan, so tinggal pic je lah.




Oren ni 1st batch try Fareeda. Masa ni musim selendang tone.
Beli untuk raya ni.
Iya-iya beli tudung last-last, haremmmm baju yang tak siap.
Sakit jiwaku.


Yang bawah ni pulak beli 2nd hand.
Sekali je pakai, then dapat selai stok Rainbow kaler pink+purple ni gak untuk match ngan 1 baju tu.
Makanya yang ni dah tak pakai, so letgo ja kat sape yang berkenan.


And this is my 1st 3 layers Fareeda. Cheetah! aummmmmm

Tapi saya prefer plain color untuk tambah koleksi.
Baju keja of coz kebanyakannya bercorak-corak, so tudung kena plain.
Kalo baju corak, tudung pun penuh corak? hmmm penin :P


Heheheh
And...hahaha
Beg ni beli kat QB petang Jumaat aritu.
Tapi tak tayang kat laki lagi, sorok dalam lemari :D kahkahkah


Design cenggini more to casual wearkan.
Bukan untuk pakai pegi opis pun.
Lagipun saya pegi keja tak bawak beg, bawak envelope je. hahaha

Masa nk beli beg ni saya request stok baru. Tak nak yang display punya.
Of cozlah nak yang baru uuuuu
Tapi amoi tu kata yillek.
Stok masuk 2 buah je untuk tetiap design. Dia katalah.

Then saya cakap kalo tak ada yang baru tak jadiklah nak amik.
Dan-dan dia check kabinet simpan stok tu. eh eh dan-dan ada pulak stok ko kan?
Padahal tadi dah check takde??
haha kan dah kantoi. Amik gaklah sebab dah berkenan =) Plus ada disc 20% =)

24 January 2012

Upin Punya Pasal

Anak teruna kesayangan saya ni ada-ada je peel baru dia dari semasa ke semasa.

Sekarang rajin betul layan upin ipin.
Tetiap hari kalo boleh nak tengok.
'Bu, kak Tin' haha
Suruh ibu bukak Upin :P

Memula baring dulu.

Pic ni tak boleh rotatelah, apa kena tah

Lelama sikit lenguh, meniarap pulak.
Macam-macam style sebenarnya tapi sempat snap 2 ni je dulu :P


Kalo apa-apa tak kena, ajak tengok upin dan-dan on ja.
Hai lah Naim busyuk ni.

Eh sebelum lupa, sekarang dia rajin berus gigi yang 4 batang tu tau. heheh

Eh eh lagi, sebelum lagi lupa : Hepi Besday ke-23 untuk adinda saya Mohd Shahrizal, juga merangkap Pakcik kepada budak banyak akal kat atas tu =)

23 January 2012

Memee Udang dan Menyatey di Malam Hari

Malam tadi jam 9.30 terjah Ayu Mee Udang. eh, ke Mee Udang Ayu? Ke Mee Ayu Udang? Tapi yang last tu dengar pelik sikitlah kan.

Dating berdua-duaan sajo.
Orang ke 3 ditinggalkan kat umah.
heheh
Alah pegi makan je pun.

Mee udang tu kat Teluk Kumbar.
Rasanya kalo orang Penang belah island tu familiarlah sangat kot dengan tempat ni.

Malam tadi punya mee n koey teow udang kureng sikitlah rasa dia. Kuah pun sikit.
Selalu sempaoi ja, bertukar tangan agaknya.
Tapi udang dia still da bestlah, 3 ekor baik punya.

Takde piclah kat sini.
Maleh nak amik :P

Lepas abis berudang-udangan, pegi Satay Ah Basri kat Jalan Tengah pulak.
Laki mengidam nak makan.
Ai no hal punya bab makan-memakan ni. I follow :P


Order 10 daging, 10 ayam.
Saya makan daging ja, ayam kurang minat sikit. Kalo KFC ok, takpe.


Satay sini boleh tahan, sedap. Orang kata berasalah ramuan dia.
Secucuk rm1.50, besar-besar jugaklah.

Tapiiiiiiiiiiiii
Adoi tak tahan ada tapi-tapi pulak.

Tambah kuah 2 hengget  ok semangkuk kecik molek ni :P
Tak menahan betoi.


Act sebelum ni dah penah pegi situ masa dorang bukak kedai ni kat Ivory Plaza, then tak penah pegi dah sebab husband nyampah pasal kuah tulah.
Tambah kuah pon kena caj, dah tu sikit je pulak tu 2 hengget.
Rasanya tak penah lagi jumpa kedai satay yang kena tambah rm bila mintak tambah kuah.

So 20 cucuk satay tu dicicah dengn penuh jimat-cermat dan berbudi bahasa supaya tak payah nak menambah-nambah kuah pulak lagi.

Kau satu aku satu kau satu aku satu..Kau satu aku dua...hahaha


Ai makan 6 cucuk je tau.
Betul.
Tu yang kurus tu! 
Ni tipu. kahkahkah

Air amik 1 gelas je share 2 orang :P
Macam zaman cintan cintun pulak.
Eh no no. Dedulu pun tak penah buat share-share air segelas nih.
Sebenarnya perut dah agak kenyang tapi teringin nak makan jugak lagi.
So minimakan apa yang patut.

Lepas makan tu apa lagi, pulanglah :P ahaks :D

21 January 2012

Newborn

Tahniah to my bff, sis Rohaida Osman dan family atas kehadiran baby baru =)
Tadi baru pegi tengok kat spital.
*sekarang waktu melawat MH 5ptg-8mlm tau. Dulu 5-7 ja :P


Nur Sarah Humaira bt. Borhan
20/1/12
Penang Maternity Hospital
2.35 kg. Kecik je..sooooo chumels!


Dilahirkan secara cser sebab baby songsang.
Tapi takpelah, pengorbanan sangat berbaloi.

4th child. But da only girl okeh.
Berbaloi kan lepas 12 tahun tak bersalin =)


Semoga cepat sembuh to my dear sis.

Selamat menjalani pantang 3 bulan!
Bestlah dok umah lama kan.
Me nak jugak, but not this yearlah.
Next year Insyaallah =)

:(

Sedang menaip dalam mood sedih :(
Sekarang sudah 4pm, tapi husband tak sampai-sampai umah lg amik saya ngan Naim pegi kenuri Kak Hanim kat Sungai Ara nun.
Keja tak abis lagilah, apa lah.

Sedih sebab tengah pikir sempat pegi ke tidak ni.
Kad dia pulak lupa bawak balik Batu Maung ni, so tak boleh nak tengok pukul berapa majlis abis. huhu

Me, close jugak ngan dia tu yang rasa ralat gila nih.
Dulu dia dok sebelah opis saya ja, and she is a very nice person.

Act, anak dia yang kawen.
She has only 1 child ok. The 1 and only. So no more wedding event lagi lepas ni.
And rasa ralat sangat kalo tak sempat pegi coz this is da only wedding yang dia akan buat.
Adoiiii. tolong.

Seriesly kalo ada transport lagi kat sini saya tak kisahlah nak pegi sorang pun.
Payah nak kena bergantung kat orang lain nih.
Gggrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :(

20 January 2012

Meh La Tengok



Moh nak share video Naim bebaru ni.

Sound adalah sangat hampeh hasil daripada henpon yang asyik dibaling-baling oleh si kenit ini.

Dahlah henpon murah, asyik bergegar je sokmo.
So cenggitulah sound terkininya. haha

psssttttt : kot-kotlah ada orang kesian nak tolong taja Samsung SII kan?? **Alala tu ada lah makhluk yang sesaja buat-buat tak nampak ayat ni :P

19 January 2012

Peti Ais Ini Ana Yang Punya

Semenjak dua menjak dah terror bukak peti ais ni kan, ha...inilah aktiviti harian si kenit ni.
Kalo buleh 24/7 dia nak dok dalam ni.
Bila tanya nak cari apa? 
'Kut....kut' Yakult! ahaks!

Kalo tengah nangeh tu, tanya ja dia, nak yakult tak? 
Terus senyap.
Yakult punya penangan.
Tapi tak adalah saya bagi full bottle kat dia, bagi suku ja slalu.
Bagi bebanyak kang takut sakit perut pulak.


Kepiah tu dia amik pakai sendiri tau.
Dok tengok tokwan pakai, dia pun nak pakai jugak.

Eh, lupa kasik tau Naim tak reti sebut Wan lagi. 
Kalo nak panggil wan dia sebut jadi 'Nyey'. haha

Moh kite pikir, apa lagi yang buleh diamik dalam ni :P

Naik beskal pun asyik bawak tiger sekarang.
Sanggup dia duduk sikit je kat depan sebab nak bagi tiger duduk elok-elok kat belakang.


Untung tiger tu dapat tuan macam Naim kan. heheh

18 January 2012

Lets Guardian

Memandangkan hari ni terrrrajin sikit, *sikit je! meh nak kasik hapdate aktiviti semalam.

Wellllll
Semalam adalah hari bercuti riang ria :P
Yes semalam hari Selasa la beb.

Tah nape semalam terasa nak cuti, so cuti ajalah since tak ada benda urgent sangat kat opis.
Kalo ada benda penting of coz pikir 22 kalilah nak cuti tanpa sebab musabab yang urgent. heheh

Plan utama ke TM Point.
TM oh TM.

Carik makan dulu pukul 1 lebih tu.
So terjah nasik ayam Nazir kat Sunshine Square.
Udah kenyang, pusing-pusing dalam Sunshine kejap.
Tapi tak beli apa pun, dok kalut nak pegi TM pulak.
Tak aman nak belek barang bila ada orang dok bising-bising nanti TM tutuplah, tak sempatlah, apa-apa ajelah.
Laki ai lah u :P

So, ke TM terus kita.
Nak amik cordless phone yang dapat free sebab pasang streamyx last week tu.
Tapi malangnya, dorang tak ada stoklah pulok. Kena tunggu dorang sms baru boleh pegi collect.
Lah, takde sapa inform pun.
Dalam slip tulis boleh pegi amik je kat TM bila dah pasang.
Apedaaaa.

Then husband pegi settle keja dia serba sikit dulu.

Lepas tu balik antar Naim kat umah sebab dia tido.
Kitorang pegi date makan ais kacang ngan cendol pulak kat astaka Gelugor nun.

Then saya pegi buat mani+pedicure kat Nail World, E-Gate.
Seriesly tak berbaloi buat treatment kat situ.
Servis sangat hampeh, tak berbaloi dengan harga.
80 hengget, dalam sejam, dalam kekalutan.
Agaknya cina dekat nak raya, so customer dia, masyallah..
Dah terlampau ramai, so kualiti pun outttt.
Tak pegi dahlah kat situ nampaknya.

Selalu saya dok buat pedi+manicure ni kat Bloom, Queensbay.
Tapi semalam penuh, next week baru ada slot kosong.
Tu yang tersasar ke Nail World tu.

Bloom punya servis, bukan nak katalah. Sangat best, berbaloi-baloi.
Normal price baru 60. Kalo ada member card baru 48.00 hengget ja!
Moh sapa nak pegi. Highly recomended!
Tapi kalo nak pegi, jangan main terjah, kena book appointment dulu.
Maklumlah, kedai tu hot, selalu fully booked.
Tambahan pulak time-time perayaan cenggini.

Dah abih buat segala mak nenek kuku tu menyinggah Guardian dulu sementara tunggu husband datang amik.

Mesti staf dorang dah amik sesiap voucher tang depan tu kan? huhu

Beli coklat buat kudapan sementara tunggu laki kat bawah pokok pinang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa :P


Huwaaaa
Sebenarnya tak ada plan nak membeli kat situ pun.
Tapi dah masuk tu, hmmmm masaklah.
Melayang 160 beli menatang-menatang ini sajo :(

Gosok jangan tak gosok. hahaha

Dari dulu lagi dah start guna compact powder ni. Best okeh. Offer baru ni 29++ ja.
Normal is 36++. 
So offer ni murahlah kan.


Dah pegi buat kuku tu kenalah beli krim untuk mantain kan. haha


Suka pakai brand Laurier ni during period coz dia fully cotton.
Tak adalah rasa gatal-gatal sangat, selesa je.
Dan kekadang kat Guardian lagi murah pada Tesco etc.


And shower gel.
Best tau, kulit rasa lembap sentiasa dengan Neutrogena ni.

Hari-hari keja dok dalam aircond, tido pon on aircond jugak. Kulit rasa kering ja lately.
Act, sebelum ni dah biasa guna tapi lepas pada tu tukar-tukar brand lain pulak.
Sekarang pakai ni balik =)


Wah plaster pun beli kat Guardian. haha
Saja beli spare letak dalam beg.

Dan eye drop jugak.
Pakai lens ni kekadang bila dah lama sikit mulalah kering mata, so spare kat opis satu, kat dalam beg satu.

U, i pakai lenslah.
Rabun ayam. :P *sian ayam kan? asal rabun je, ayam!
Tapi pakai yang clear ja, dedulu rajinlah tukar-tukar kaler.
Sekarang kemalasan suda.


Free tisu!
heheh


Abis dah, kerajinan takat di sini saja.
Jumpa lagi di episod yang akan datang kalo umo panjang.

Tata.

16 January 2012

Streamyx in da House

Yaw yaw!!

Streamyx in da house :P
1 mbps uuuu
110 sebulan termasuk tepon umah.
Sekarang boleh bersiaran siang mahupun malam. Panas ataupun hujan. 24/7! haha

Lets visit : http://streamyx.tm/

psssttt : Baru tringat cordless phone belum pegi amik lg kat TM Point :P

15 January 2012

Tata Zebra

Zebra itam+putih ni dah selamat dijual kepada sorang rakan fb.
Esok baru nak pegi pos.


Act, tak plan nak jual pun yang ni tapi since tengok dia dok cari, rasa macam....
Jual je lah daripada dok tergantung ja.
Masa beli tak terpikior kan. heheh

Dan kebetulan saya pun belum pakai suraiya ni.
Plus baju plain tak banyak sangat yang boleh match.
Lagipun baju plain saya boleh match dengan lain-lain tudung jugak.

So, tata zebraku.
Semoga bahagia kat tempat baru.. haha

11 January 2012

One Two Three Go

Semalam terkagum kejap dengan Naim.


Seriesnyaaaa :P


Ibu : One
Naim : Two
Ibu : Three
Naim : Por *four
Ibu : Five
Naim : *Six
Ibu : Seven
Naim : Ett *eight
Ibu : Nine
Naim : Ten!!!!


Clever boylah anak ibu ni.


Betapa cepatnya dia membesar, memahami apa yang kita ajar, mencontohi apa yang kita buat.


Rasanya budak-budak kecik sekarang ni cepat betul tangkap apa kat dia tengok, apa yang kita cakap. Seriesly!


Tok : Naim anak sapa?
Naim : Bu
Tok : Ibu nama apa?
Naim : Na
Tok : Abah nama apa?
Naim : Cid... hahaha Mursyid ler tu!
Tok : Naim cucu sapa?
Naim : Lah!!! * Pak Dolah. hahaha siap slang lagi.

Ini budak kan.
Akalnya, macam-macam Aznil betul :P

Ini peel Ahad baru ni masa pegi Jusco.



Maktok sibuk pilih spender kat Paksu, dia pon sibuk nak naik kuda.
Kuda kotak spender! haha
Abis ranap kotak tu Naim kejakan :P


Ampun ye Jusco, saya tak bersalah. Tetiba je tengok Naim dah dok atas tu.
Saya snap je la pic. heheh


Pastu ada hati pulak nak amik kotak lain nak buat kekuda.
haha

09 January 2012

Fareeda Scarf Untuk diGrabbbb

Preloved Fareeda.

Yang masih available adalah no 4, 5, 6 je..

Do email me eh kalo nk tau detail =)

leena_nur@yahoo.com.my


Dijamin in a very good condition.

Beli memahal haruslah bela elok-elok kan??

-SOLD OUT 10/1/12-

07 January 2012

Di Hari Sabtu, Di atas Sebuah Katil..hahaha

Entry simple ja hari ni.

Dimulakan dengan gambar budak busyuk masam ni :P
Tengok pipi itu.
Nampak tak? Cer cer tengok betul-betul.
Segaris lebam itu.
Akibat tak duduk diamlah ceritanya.

Hujung bulan ni genap 1 tahun 6 bulan suda ini budak kenet =)


Naik keta mainan dia tu lah.
Slalu terlentang, semalam tertonggeng pulak. haha macam-macamlah.

Dia bawak keta tu bukan takat atas lantai, siap nak bawak naik atas tilam lagi.
Tu yang menonggeng sakan.
Tayar keta boleh naik atas uuuuu.

Minggu ni dah kerap naik beskal ja.
Tapi masalahnya, sapa nak jadik tukang tolak??
hahaha cer pikir cer pikir.

Abis satu rumah dipanggil oleh Naim untuk kerahan tenaga.
Jadik tukang tolak beskal dia. 

Baru ni agaknya dia dok tunggu lama atas beskal, tapi semua buat tak tau ja.
Dan dan keluar dialog.

Naim : Abahhhh bahhhh! Ak! (sambil pegang tempat tolak beskal kat belakang tu nak suruh orang tolak dia) 
* abah buat dunno ja nak tengok akal dia. hahaha 
Naim : Buuuu buuuu! Ak!! *sambil buat aksi yang sama.

Haha ibu pun tolaklah pusing-pusing hall.
Tak sampai ati pulak nak buat-buat bodo :P

Sekarang kerap dah dengar he call me, bu! I loike =)

Antara dialog harian dengan Naim :-


Naim : Bu, mik ating **amik puting.

Ibu : Naim masuk bilik tokwan cari apa? 
Naim : Wett! **duit!   

Ibu : Naim, pakcik banyak apa? 
Naim : Wettt! **duit! haha mata duitan betoi. Duit ja dalam kepala dia :P

Ibu : Naim nak pegi skul?
Naim : Nnnak. *kalo cakap nak je mesti angguk kepala sekali.
Ibu : Pegi skul baca apa?
Naim : A! **A je dia tau, BCDE dll blm lagi..heheh 

Ibu : Ibu go to work, Naim have to?
Naim : Ciiipp. **sleep

Best kan diberi peluang jadi ibu?

=)

Dan...
Jeng jeng jeng...


Semalam udah register TM streamyx!
Untuk pakai kat Gelugor.
Kat Batu Maung ni memang dah lama dah guna stremyx.
Perfomance memang toplah.
TM kan?

Sebelum ni pakai berukband celcom.
Tapi oleh kerana line agak kureng, dan tempoh kontrak pon udah tamat maka udahpun diterminatekan!

04 January 2012

Naim...Naim =)

Naim ada beskal!

Puncanya, asyik tertonggeng ja dia naik keta plastik yang beli dulu tu.
Badan dia kan dah bertambah berat, keta tu pulak ringan so bila nak undur tu dok terlentang ja.
Cian dia.

So ibu dah tak menyempat nak carik beskal jugak kat dia.
Walaupun Naim bukan reti kayuh lagi pun :P
Jenuhlah sapa nak jadik tukang tolak lepas nih. heheh

Kelmarin dah pukul 10 malam gedik-gedik jugak ibu Naim nak suruh bawak pegi kedai beskal kat Bayan Lepas.
Kedai situ selalu tutup lewat sikit.

Beskal Naim ada katak sekor kat depan
Chumels.
Rm148.00.

Amik yang rasa though siket.
Boleh pakai lama.



Yang ada teddy bear lagi cantek.
Tapi kaler fushia pink.
Tak sesuai pulak.
Abah Naim alergik ngan kaler pink.
Anything yang nak beli untuk Naim tak boleh ada pink, termasuk baju.

Cakap dah pandai sekarang.
Tapi kebanyakan wordingnya tang ujung-ujung ja lah.

Akal pun panjang selalu.
Ada-ada je idea baru dia.

:: Pantang dapat cotton buds, nak korek telinga ja dia ::


:: Celah rak towel ni pun nak masuk ::

:: Kalo nak satu-satu benda tu iya-iya tarik kita suruh ikut ::

Masuk kali ni dah 2 kali dia naik tangga sendiri.
Tanpa pengetahuan okeh.
Tetengok ja carik tak ada, dengar tapak kaki dok berlari kat tingkat atas umah.
Phewww

Lari pun dah laju sekarang.
Pantang lepas ja.
Cecepat dia on enjin kaki tu.
Jenuh kejor.

As a mother, saya sangat berbangga dengan setiap perkembangan terbaru dia.
Sekarang Naim dah lancar sangat panggil saya.

Dari hall tu dia jalan boleh jalan sambil panggil-panggil nama kita.
Bu bu... bu bu... tak berhenti dari depan sampai dapur.
Then sampai-sampai ja, siap peluk-peluk kaki buat muka nak mintak air :P
Soooo cute eh?

Baru ni dalam keta Naim dok seat depan ngan maksu dia sambil minum susu.
Dah abih ja susu, dia sua botol kat belakang sambil cakap "bu, amik!"
Wah wah =)

Dan semalam tiger kena siram dengan Naim lagi.

Maktok dia kasik mandi terus, dah alang-alang basah.
Then sidai kat belakang umah.
Naim sedih tengok tiger dia kena gantung :P

Putih berseri, eh kunen berseri tiger tu.

:: Dok suruk amik...amik! ::