31 December 2011

Vacay - Last Day

Esoknya, pukul 10 tu dah check out.
Pegi Kea Farm dulu, dekat ja dengan hotel.

Ramai jugak orang, tapi tak seramai masa pegi time weekend bulan 4 dulu.

Hujan lagi time ni.
Tu yang gagah beli jugak topi kat Naim.
Jenuh paksa nak pakai tu.
Asyik nak tarik keluar ja.

Kat situ beli ubi kaler purple tu ja memula.

Tapi sebelum nak balik tu singgah lagi beli stoberi dengan jagung pulak.


Then pegi Taman Agro Al-Mashor kat Tanah Rata.
Stoberi dia taklah banyak sangat.
Bolehlah.

Suka pegi Big Red Strawberry kat Brinchang lagi.
Kat situ stoberi dia banyaaaaakkkkk.
Rambang mata.



Time ni Naim tengah masam mencuka sebenarnya.
Sebab dia nak memanjat kerusi tepi tu tapi ibu ngan abah dia tak bagi.

Tapi oleh kerana nak amik pic punya pasal, abah bagi syarat kalo Naim nak panjat kerusi, dia kena senyum.
So, dia pun paksa diri untuk senyum.
Dah abih posing dia masam balik.
Pastu nak amik pic lagi, abah suruh senyum pulak.
Iya-iya dia punya senyum sampai tertutup-tutup mata.

Sampai 7-8 kali dia dok masam-senyum-masam-senyum.
Bebudak sebelah meja tu punya gelak tengok peel dia.
Boleh dia senyum macam hepi gila, lepas abis amik pic masam balik macam cuka.
haha



Tujuan utama nak pegi carik jem ja.
Buat souvenir untuk kawan-kawan kat opis.

Jem dia sedap. Rasa stoberi dia pure tau.
Tak macam jem yang kita beli kat supermarket tu.
Nama pun jem Cameron kan, tempat dia.

Kalo beli  2 botol rm10. So sebotol jatuh rm5.
Saya beli 20 botol, dorang bagi diskaun sikit jadik rm4.80/pc.


Lepas tu pegi Big Red Strawberry.
Hajat memula tu nak pegi petik stoberilah.

Tapi laki pulak tak bagi.
Dia kata beli kat Kea Farm tu lagi murah.
So terbantut suda hajat.
Masuk jalan-jalan sajo.




Sebelum balik singgah semula Kea Farm kat Brinchang tu beli stoberi ngan jagung.

Lepas tu plan nak singgah ladang teh boh.
Tapi terlepas pulak.

Last-last singgah Bharat Tea ja ondaway nak turun kot Simpang Pulai tu.

Pekena cheese cake, kuih pau & teh.
Blueberry cheesecake tu sedap weyyhhh.
Terasa cheese dia kaw-kaw punya.
Total suma ni rm19!
Cameron Highland punya pasal.


Masuk kedai dia, beli teh bawak balik Penang.
Teh dia ok, sedap jugak.
Tapi teh yang biasa orang buat teh o tulah
Yang teh stoberi, teh perasa-perasa memacam tu saya tak lalu.
Penin minum.

Teh boh tak payah belilah.
Kat kedai mana-mana pun ada.

Sebelum balik posing-posing dulu kat ladang tepi kafe tu.



:: Amboi canteknya moncong Naim ::






Bulan 4 ni rasa macam nak naik Cameron lagilah.
Tak pun Genting pulak.
Hanimun lagi :P
Sekali ja penah naik Genting. haha kesian eh.
I loike sesejuk atas tuh.
Awwwww!! :P

Saya kureng sikit kalo nak pegi jenis pulau-pulau ni.
Panas, kena berjemur-jemuran.
Nanti itam. haha

Lagipun dah duduk Penang ni tak berapa nak excited tengok laut.
Belakang umah pon ada laut.

Ehhhh!! Sekarang dah jauh sikit sebab dorang dah naik kondo kat situ.

30 December 2011

Rak Baru Shayeeee :P

Bertukar rak lagi kite :P

Advise.

Sesapa yang rasa nak kumpul koleksi Fareeda banyak-banyak tu silalah beli rak besar sesiap.

Hari tu saya beli yang 3 kaki je.
Ingatkan cukup.
Rupanya tak.

Kalo ikut muat ja kalo takat 35 lai cenggitu untuk rak 3 kaki tu cuma pack sikitlah.
Itu pun kena susun berselang-seli.

Tapi memandangkan kita beli tudung ni biar tahan lama.
Maka udah terbelilah hanging rack yang panjang sikit.
4 kaki. Then boleh extend kiri kanan sampai jadi 6 kaki.
Harga RM78.00 sajo.

:: Yang kanan tuuuu :P ::

:: Boleh tarik palang tu sekaki kiri, sekaki kanan ::

Nanti kalo tak cukup jugak boleh beli palang tambah bagi jadik 2 layer.

Beli tempat yang sama.
Kat Tonyo Jalan Datuk Keramat nun.

Ada jugak pesen bulat, pesen melengkoi-lengkoi.
Mahal lagilah yang jenis tu tapi macam berbaloi gak kalo tudung melambak.
Mine tak banyak sangat lagi.
So pakai ja yang straight ni dulu =)

Latest stok ialah :-

43-3 = 40 =)

Tiga lai bagi kat maksu.
Selai Dania n 2 lai selendang mawar ropol.
Rasa macam tak best pakai pulak.
Me lah.
Dia pakai kata ok ja :P

29 December 2011

Vacay - Day 2

Pagi Rabu tu bertolak dari umah maksu saya lebih kurang pukul 10 lebih. Hajat hati nak menyinggah butik Fareeda kat Bangi nun. tak dapat Bangi, kat kl pun takpe.

Tapi hmmm hampeh!
Siap laki bagi pilihan lagi, nak pegi Fareeda ke nak pegi Cameron.

Akhirnya pasrah je lah. *pasrah adalah menyerah. haha

Memula plan nak jalan-jalan kejap ja atas tu then petang-petang sikit turun then balik Penang terus.
Tapi dah sampai sekerat jalan plan pun bertukar.
Rasa macam nak tido atas sana pulak.
Sampai atas baru nak walk in ja carik hotel. 

Since awal lagi, stop dulu kat air terjun tepi jalan ondaway dari Tapah ke Cameron tu.
Lata Iskandar kalo tak silap saya.
Air terjun dia beshhhh.
Sejuk gedik uuuu macam ais.


Bagi Naim celup-celup kaki ja.
Tu pun ada hati dia dok cakap 'nndi  nndi'
Nak mandi :P

Naim dengan air, hmmm kalo biar berendam tu berjam-jam pun dia tahan.
Suka je.


Oleh kerana walk in untuk booking hotel adalah lebih mahal, moh carik tempat yang ada wireless dulu.
Parking betul-betul depan Starbuck Tanah Rata tu semata-mata nak booking hotel.
Booking sambil dok dalam keta ja :P

Pilih punya pilih, kali ni decide duduk EQ pulak.
Sebelum ni dah biasa try Country Lodge & Century Pines.

Century Pines memang best, tapi takkan nak dok situ ja, try kat lain pulak.
Lagipun musim cuti ni Century Pines mahal, jadik 280.
Dulu baru 180 termasuk breakfast.

Booking kot tenet senang + murah sikit.
Kalo walk in kat EQ RM290.
Booking kot tenet baru RM232.
Oklah kan save gak 50++
Rate tu tak masuk breakfast lagi. Kitorang breakfast kat luar ja.
Save.


Atas nun ujan ja memanjang.
Nasib baik tak lebat. Ujan bubuk halus-halus cenggitu.
Kalo lebat tu, hmmm berkampung dalam bilik ja la jawabnya.
Sejuk. Aawwwwuuu :P


Bilik EQ - Superior ja.
Not bad. Saiz standard macam hotel-hotel lain jugak.
Condition ok., rasanya dorang baru renovate kot, cat pun masih baru lagi.

View kat tingkap ja kureng sikit coz sekarang kat bawah bukit tu ada keja construction yang masih dalam progress.
Tapi ok ja, bukan nak duduk tepi tingkap tu 24 jam kan :P

Bilik kitorang 815.

Jom terjah!!

:: Amik pic dulu sebelum bilik bertaburan :




:: Cool kan? Rajin. Time sekolah nanti tak rajin baca buku tak taulah ::

Malam, makan kat astaka Tanah Rata.
Sebelah car park depan Starbuck.

Kedai yang kitorang penah makan dulu tu tutuplah pulak.
Layan ja kedai ujung sekali.

Tapi servis? Masyaallah.
Tetiap 5 minit, 1 dish keluar.
Memula keluar teh.
5 minit lagi keluar air kosong pulak.
Lagi 5 minit dapat nasik 1 pinggan.
Pastu baru sampai tomyam 1 mangkuk.
Lama sikit telur sampai.
Then sayur.
Lagi lama ikan stim sampai.
Laaaaagi lama baru nasik lagi sepinggan keluar.
Mengong betoi.

Lagi lagi lama, barulah nasik ngan sup Naim sampai.
hmmmmmm


Satay situ boleh tahan.
Sedap jugak.
Tapi kena pegi time awal-awal sikit.
Kalo lambat selalu abis, especially daging.


Malam singgah pasar malam Brinchang.
Plan nak beli jem Al-Mashor.
Hari tu beli kat sini.
Murah jugak.
Sebotol 5 hengget.

Tapi stall dulu tu tak dapat dikesanlah pulokk. huhu


Abis pusing seround kat pasar malam tu terus balik bilik.
Kita sambung aktiviti indoor pulak. hahaha

Baliklah kitorang dengan tangan kosong.
Tak ada beli apa pun melainkan glove ijau Naim tu.

Ajaib.
Nak pulak dia pakai.
Sejuk kot.
Topi sampai ke sudah takmo pakai.
Nasib baik dia takmo kalo tak melayang 10 hengget.
Esoknya beli topi kat Kea Farm baru 6 hengget!

28 December 2011

Vacay - Day 1

Nak hapdet sikit pasal vacation yang tak dirancang last week.

Macam mana boleh terplan coti last minit eh?

Ceritanya, husband ada koje kat Putrajaya nun.
So, si bini ni nyibuk-nyibuklah nak mengekor sama.
Reason nak ikut?

Wah kena bagi reason kat laki okeh nak pegi sama.

Nak tengok baby maksu saya.
Nasib baik lepas. heheh

Plan dalam kepala otak sebenarnya nak pegi Fareeda kat Bangi nun!
Tapi tak kesampaian.
hukhukhuk

Bukan takat bini ja, dengan anak pon diangkut sekali.
Mana boleh tinggal even sebelum tu mak kata tak payah bawak Naimlah nak pegi sehari ja.

Tinggal kejap-kejap takpalah.
Tinggal sehari suntuk ni beratlah sikit. *plan asal nak pegi sehari ja!
Nehi...haha

So bertolak Isnin tetengah malam.
Pukul 12!
Advance sikit.
Plus sejuk.
Plus jalan lengang.
Plus sedikit seram :P

Naim haruslah tido sepanjang jalan.
Letak ja dia dalam car seat, konfem lena tak hengat.

Pukul 2.30 tu stop kat RnR Tapah.
Husband mengantuk.
Tido dalam keta ja.
Bangun-bangun dah pukul 4.
heheh

Tu lah, nak jalan malam kan :P

Lepas tu perjalanan pun diteruskanlah.

Sampai Hulu Kelang, umah maksu saya pukul 6 pagi.
Elok-elok orang azan Subuh.

Pukul 10 lebih tu husband dok siap-siap nak pegi settle keja dia.

Naim pulak dok tengah naik keta mainan dia time tu.

Jalan punya jalan keta tu.
Undur punya undur tetiba tersangkut kat kain yang bentang kat lantai nun.
Apa lagi, terlentanglah jatuh.

Nangeh toksah kata lah.
Konfem!

Siap muntah-muntah pulak lepas tu

So lelaju bawak pegi klinik kesihatan ibu anak dekat depan lorong umah tu ja.
Sampai ja, nurse je yang ada.
Tak ada dokter situ.
Dorang suruh bawak pegi HKL.

Gila penin mana pulak nak carik jalan ke HKL nih.
Datang pun setahun sekali.
Buta jalan pulak tuh.

Nasib baik ada GPS.
But, bila emergency cenggitu nak touch button pon gigil.

Search spital mana yang ada dekat-dekat situ.
Tetengok ada Pusrawi.
6 km jugaklah dari situ kalo tak silap.

Yang si Naim dah terpejam-pejam mata dah.
Takut gak, apekehal budak nih?
Rupanya kena cahaya matahari!
Tu yang tertutup-tutup mata sakan.
Phewwww

Tetiba nampak KPJ kat tepi.
Apa lagi, terjah situ ajelah.
Terus masuk emergency.

Dah register tu, kena tunggu jap kat bilik sebelah.
Tunggu nurse check dulu.

Dalam dok tunggu tu Naim siap kaco-kaco barang yang ada kat situ.
Good.
Means dia oklah kot.
Dah boleh senyum-senyum.

Nurse masuk amik berat badan & temperature.
Normal ja.
Lega sikit.

So tunggu jumpa dokter.

Time ni rasa dia ok dah.
Tak duduk diam.
Takmo kita pegang.
Nak suruh lepas, dia nak jalan.
Dengan kasut tak pakai.

Bila dokter check, dia kata nampak ok.
Tak ada apa-apa effect kot. Insyaallah.
Cuma monitor ja kalo muntak dalam tempoh 24 jam.

Kena masuk ubat punggung ja sebab takut dia demam sebab terkejut.
Dan amik ubat demam, buat spare.

Total cost RM61 ja.
Terpegun jugak.
Taklah mahal sangat.
Ingatkan 100++

So 3 beranak tu pun pulang dengan senyuman.
Siap singgah McD lagi tapau lunch.

Balik tu Naim sambung main.
Jalan pi mai pi mai.
Tak duduk diam jugak dia :P
Watevalah janji dia ok.

Lepas lunch husband pegi settlekan keja dia.
Ibu dia melepak ngan maksunya sambil jaga baby 3 bulan dengan baby 1 tahun 5 bulan!

Jadi surirumah tanggalah seharian tu.
Sambil gosip-gosip.
Ahaks!

pssssttt nantilah hapdet hari-hari seterusnya =)

Tata titi tutu!

25 December 2011

MMmmmalashhhh

Adui la.

Kemalasan sedang berada ditahap yang tau tau nak cakap sekarang ni.

Banyak benda nak cerita dalam blog tapi malasnya, ya ampunnnn!!

Nanti-nantilah update pasal perkembangan Naim.

Pasal vacation kat Cameron.

Dan tak lupa jugak pasal.....Fareeda! ahaks!

Azam tahun baru akan dimasukkan sekali -->> Nak rajin update blog.

14 December 2011

Tensionnnnnnlah

Adoiiii la!!!
Tensionnnnn haku.

Orang jual tudung dia pun nak jual.

Tapi servis hampeh macam nak mampos.

Saya order ni ha.


Thru 1 fb ni.
Bukan dealer pon.
*saya masih di tahap bersabar (walaupun panas bukan main nih) tak nak dedah nama dia.

23 Nov (Rabu) : Order & bayar hari yang sama.

**siap pesan lagi antar boh dalam bekas tupperware petak macam dealer Fareeda selalu antar tu.
**maklumlah tukang jual ni BUKAN DEALER ponnn. Tapi so far ok je walaupun sebelum ni ada jugak tak beli dengan dengan dealer.

Stok tudung dorang amik tempat sama jugak.

25 Nov (Jumaat) : Pm dia tanya tracking number Poslaju.
Dia gtau antar lambat sikit kononnya pejabat pos shut down.
Betul lah kot.

26 Nov (Sabtu) : Dia pos.

29 Nov (Selasa) : Dapat barang. Tapi sakit ja jiwa. Ada ke patut tudung tu main gulung-gulung letak dalam bekas macam ni??? Apa punya turrr da!! Kemek la awning tu.


Hari yang sama jugak saya inform dia thru pm.

No henpon yg ada kat fb tu hiasan ja semata-mata.
Not valid pon!

Then dia bg address lain untuk pos balik tudung tu.
Address yg kat slip pos laju tu tak taulah valid ke tak.
*Tapi just think +.
Tak ada orang kot kat umah tu nak terima barang kalo dorang pegi keja.

1 Dis (Khamis) : Kourier semula kat dia thru Nationwide.

6 Dis (Selasa) : Kena follow up sendiri barang tu dah sampai ke belum okeh! Harammmm dia nak inform balik.

* Dah siap inform jugak, kalo takde stok refund balik RM.

8 Dis (Khamis) : Follow up lagi thru pm kat fb nak tanya ada news tak.

Senyap jugak.

10 Dis (Sabtu) : On fb rupanya! Siap upload pic pompuan mana tah dressing tak betul - Siap papar dekat wall!

*Pandailah dia kondem orang. Macamlah dia tu perfect sgt.

So saya komen kat pic yang dia load tu suruh replace order or refund RM since kat wall dia tak boleh komen.

Wahhhhh pandai pulak reply kat pm bila kita complain kat public.
Tau hot kan?
Tau pun malu orang tau perangai sebenar.

Alasan tak reply pm?????

k laaa saye say sori sbb tak teperasan msg u coz msg yg masuk di inbox terlalu byk..lg pon sye mmg nak pos cepat tunggu replace yg lain tu je..

Pm banyak masuk!!!!

Wahhh bajet hottt sangatlah pm banyak masuk padahal tudung pun selai dua ja.

Dealer-dealer lain yang stok beratus-ratus lai pun sempat reply pm.

Lenkali kalo pm dah penuh melambak, kasik on lah komen kat wall senang org nak komen suruh baca pm.
Akai ada?

Dah tau nak replace ke apa ke, informlah!! 
Jangan buat customer macam tunggul kayu tertunggu-tunggu.

Orang bayar tau! Bukan FREEEEEEE

14 Dis (Rabu) : Hari ni!

Terima semula parcel yang replace hari tu, tapi dalam keadaan darah menyirap-nyirap!

Kemek macam budus.




Boh la dalam tupperware sayang oiiiii.
Pos laju dahlah terkenal ganas!
Kalo takat kotak nipis-nipis tu konfemlah hangus.

Alamat pun bertukar-tukar.
Alamat masa 1st antar lain.
Alamat nak return lain.
Alamat dapat 2nd time ni pon lain.
Konpius i.

Ni berapa kalilah nak ulang hantar-return tak tau.

Saket jiwa!!!

Ni nak return balik konfem tahun depan baru nak dapat balik.
Itu pun kalo nasib baik, kalo tak...harammmmm!!!

p.s : Pi balik kampung tanam jagung. Jangan jual Fareeda dah! 

10 December 2011

Kool

Cool tak kalo cenggini?

Baju iya-iya manik labuci lip lip sakan.
Dengan tudung Fareeda lagi.


Tetiba kasut pulak bikin sepoillllled!!!! :P


Ini last weekend punya ceritalah nih.

Hari Sabtu hari tu tak ada plan ke mana-mana.
Ahad ja ada kenuri.

So Sabtu tu plan duduk umah sajo.
Tetengok FIL ada kenuri kat Sik nun.

So nak ngekor sajalah since tak ada aktiviti nak buat.

Tetiba baru teringat heel ada dalam keta husband.
Dia keja that day.
Takkan nak suruh dia balik semata-mata nak antar kasut kan.

Nak tak nak pakai je ler selipar cabuk ini :P
Nak sewa kat MIL pun tak muat.
Kasut suma kecik comei ja saiz 4.
Mine, saiz 6 or 7.
6, 7 tu average size lah kan.

Nasib baik kenuri kat area kampung ja.
Kalo kat dewan tu, pakai dah.
Memang tak pegilah.

Sampai sana pun dah lambat nak dekat pukul 5, tetamu pun dah balik.
Tinggal sorang dua ja.
So tidaklah rasa pelik sangat di situ.
Redah sajoooo

psssstttt : 
Padahal hari-hari pegi opis pakai sandal ja pon.
Malaslah nak berheel2 sakan :P

08 December 2011

32nd!

Ngeeeeee

:D

05 December 2011

Lets Try

This eye liner is fully recomended untuk sesapa yang suka pakai, like me!


Cap : Elianto.
Tak mahal.
Jenis pensil pusing-pusing tu.

Yang body gold semua tu rm19.
Yang hitam tu rm21.

So far dua-dua ni ok.
Tapi yang hitam paling best.

Sapa yang belum try, silalah.
Memang berbaloi buat pakai hari-hari.
Tahan lama & tak comot macam Maybelline & Silky Girl!
=)

-sharing is caring-

03 December 2011

Tadaaaaa :P

Tadaaaaaaa

Nak kasik tayang tuan tanah dengan leopard belaannya kejap!

Pic malam semalam nih.
Kat Kenny Rogers.

Cantekkan?
Tudung tu.
hahaha

Naim seksi!
Hanging lagi uuuu

Rasanya jarang amik pic dengan Fareeda, adapun masa raya puasa hari tu.
Asal amik je, pic jadik bulat. *walaupun tak bulat. kahkahkah

Tu yang den maleh tu!


Tata!

02 December 2011

Leopard yang Seekor

Yang patah tumbuh, yang hilang harus kena berganti. heheh

Akibat leopard itam putih yang ada error itu, haruslah kena dapatkan balik leopard lain buat koleksi.
Kalo tak, nanti kempunannnn.
Dapat sekor pun jadiklah.


Jadiknya, kelmarin sudah terima sekor leopard gold, 1 layer punya.
Cantek!!

Saya suka yang 1 layer sebab belah dalam dia ada lycra.
So bila tak pakai anak tudung pun dia tak licin.

Kalo jenis 2 @ 3 layer lapisan dalam adalah shiffon.
Licin untuk mereka yang tak pakai anak tudung macam saya.
Tak beshhhh disitu.

Cukuplah dengan leopard sekor tu.

Dun worry, jumlah tak bertambah.
Masih 31!
ahaks!

:P