30 September 2011

Gas Delivery - Penang



Penghantaran Gas Memasak

CALL : 013-455 6782 or 04-658 7736

Waktu Operasi : 9.00pg - 9.00mlm





Penghantaran Gas SEGERA sekitar :-


Batu Uban

Bukit Dumbar


Bukit Gelugor

Bukit Gambier


Gelugor

Jelutong

Minden Heights

Kg Kastam

Sg Nibong

Sg Dua

Tmn Pekaka

Tmn Tun Sardon


USM


Cerita Pasal Inner

Lately asyik entry pasal cloth diaper aje kojenye. heheh

Bagi saya, untuk penggunaan cd pada anak, setiap perincian pada tetiap jenis cd perlu diambilkira walaupun tujuan utama bercd adalah untuk penjimatan jangka panjang. Of courselah kan nak jimat!

Tapi dalam masa nak berjimat kononnya, keselesaan dan kesesuaian cd perlu dititikberatkan jugak. Bukan setakat beli cd ikut-ikut suka, ikut patern mana yang berkenan. Kadang-kadang patern yang chumel tu sesuai untuk anak orang tapi mungkin tak sesuai untuk anak kita dan sebaliknya.

Bagi saya, untuk keperluan saya buat masa ni apa yang paling penting adalah saiz cd tu sendiri sebab Naim pun dah 12.5kg! So apa yang saya perlu di sini adalah cd yang  boleh dimaksimakan tempoh pemakaiannya. Sehingga dia dah boleh free diaper mungkin. 

Dan yes! Saya sudah jatuh cinta dengan Bamboolite. Cutting besar, inner & insert bamboo. Kualiti tip top. What else? Harga boleh tahan jugaklah, sekitar rm45-55 tapi memang berbaloi.

Kali ni saya letak pic-pic inner dulu la eh. Inner adalah yang paling penting saya rasa sebab bahagian ni yang akan besentuhan dengan kulit bontot baby. 

Inner Bamboolite adalah almost bamboo. Bamboo sifatnya sejuk. So tak akan bagi rashes pada kulit baby. Shukeeee

:: Bamboolite Pocket ::

Bamboolite Ai2 ni ada pocket tapi insert dia tak diletakkan dalam pocket sebab cutting pocket dia kecik. So just lekat soaker kat atas pocket saja.

Lapisan atas letak top soaker yang ada 2 layers bamboo fleece & suedecloth. Lapisan bawah letak microfiber soaker. Kiranya yang akan bersentuhan dengan kulit baby adalah suedecloth tu lah. Agak kasar sikit berbanding Bamboolite Pocket.  

Dan cutting Ai2 adalah kecik. Tak sesuai untuk Naim. Tapi still boleh muatlah lagi setakat ini.

Bamboolite Ai2 ::

Cozy baby. hmmmm Inner Soft Suede. Tapi tak soft pun. Biasa-biasa aja. Prefer inner bamboo atau microfleece saja selepas ini.

Won't buy this brand anymore! Except for XL size. Itupun tak berapa nak XL. Bamboolite lagi besar. Yang ada tu pakai sajalah labu! 3 lai pulak tuh. huhu

:: Cozy Baby ::

Lunatots. Saya suka nama Luna ni. Tambahan pulak kedai dia ada dekat Sg Dua ni. Tapi cutting agak keciklah pulak. Lebih kurang besar Cozy Baby saja. Tapi tulis 17kg??

Inner dia ok, Soft Microfleece. Dan memang soft. So far tak ada masalah dengan Luna kecuali cutting saja. Next baby mungkin boleh guna dari awal =) *Next baby akan diproses bila Naim umo 2 tahun. ahaks!

:: Luna ::

GfH. Cutting cantik tau. Mungkin next time boleh beli lagi since inner dia pun best. Gebu gila =)

Inner Gfh ni adalah jenis Soft Fleece. Fleece lebih lembut berbanding Suede. Not badlah jenis ni.

:: GfH XL ::

QQ Baby pulak ada banyak jenis. Bagi saya yang jenis minky bamboo ok. Inner dia Soft Bamboo Charcoal. Base bamboo selalunya memang sesuai sangat untuk baby yang sensitif. Dan cutting besar sikit berbanding QQ Baby yang lain.

QQ Baby yang lain tu inner jenis Suede. Agak kurenggglah pada saya. 

Itulah kan, bila dah suka guna Bamboolite, brand lain tu dah jatuh nombor 2.

:: QQ Baby Minky Bamboo ::

:: QQ Baby PUL Printed::

Sekian laporan dari bilik berita. Mekassayyyyy

 

29 September 2011

Budak Ijau Biru

Layankan pic budak bincut berdahi hijau biru ini. Gigih mengangkat barang-barang abah. Alhamdulillah sudah kembali aktif walaupun dahi masih hijau biru.

Semalam aja berapa kali tah asyik terbelaga kat dahi bincut tu. Kejap terkena kerusi. Kejap terlanggar dinding. Kejap lagi tersangkut kat pipi ibu pulak. Macam-macamlah Naim, duduk tak diam seminit pun.


Siap main nyorok-nyorok lagi. Chakkkk aaa!!!



Lupa pulak kasik tau. Tu baju baru Naim tu. Beli kat pasar malam Tmn Sardon semalam. Rm12 saja. Chumel kan? kan? Kasik Naim pakai terus posing-posing sikit =)


Nota kaki : Kalo kepala anak naik bincut @ benjol akibat terhantuk, tuamkan dengan ais. Ibu Naim tuam dengan tuala panas, sebab tu lah lebam lambat nak hilang.

 

Perbezaan Jenis Cloth Diaper

Kali ni saya letak info basic dulu untuk cloth diaper (CD) mengikut aspek fizikal. Fuhhh ayat macam nak buah assignment eh.

Ini pun berdasarkan bran-brand yang telah saya beli dan guna.

Performance insert nenanti dah guna lama-lama sikit baru boleh kasik pendapat.


Untuk jenis fabrik saya refer website ini, dan infonya seperti di bawah :-


Bamboo is one of the newest diaper fabrics in the cloth diapering world. Bamboo is very absorbent, naturally anti-bacterial, and won't hold odors. It has a very silky and luxurious feel and stays soft wash after wash. Bamboo is also very environmentally friendly!Fleece Diaper Fabric

Fleece is 100% polyester and comes in a variety of thicknesses, or "weights". Heavyweight fleece like Windprohas waterproof qualities which make it great for diaper covers and diaper outer layers or covers. Lightweight fleece likemicrofleece wicks moisture away for a stay-dry diaper inner.Microfiber Diaper Fabric

Microfiber is usually 75% polyester 25% polyamide, and is a great diaper fabric for soakers and inners. It traps moisture between its fibers and can absorb up to 8 times its weight in liquid! Light and thin, microfiber dries quickly and gets more absorbent with use. Avoid using microfiber next to baby because it can dry out baby's skin.

Microfleece is 100% polyester and a superior moisture-wicking diaper fabric. It is used next to baby's skin to keep baby feeling dry and comfortable even in a wet diaper. Microfleece resists staining, and does not hold poo like other diaper fabric can. Best of all, it's so soft and cushy for baby.

Suedecloth is thinner than microfleece but has many of the same qualities that make it perfect for diaper inners. Suedecloth wicks moisture away from baby, resists staining, and does not hold poo. In addition, suedecloth does not pill and stays new-looking longer than microfleece.


Velour is a very luxurious diapering fabric, similar to velvet, with a dense weave and short pile that makes for a very soft fabric. Most velour used in cloth diapers has a polyester backing for durability; velour without the polyester tends to deteriorate more quickly. Some popular velours for cloth diapers are are regular cotton velour, organic cotton velour (OV), and silky bamboo velour (BV).

Dan ini adalah antara brand cd yang ada dalam koleksi saya.

BAMBOOLITE POCKET PUL 
*I'm in love with this brand!

Weight : Newborn - 17kg
Outer : Breathable & Waterproof PUL
Inner : Bamboo Velour
Insert : 4-layer bamboo & microfiber Hybrid (1 pc)


GIFT FROM HEAVEN XL (GfH)
Weight : 3-17kg
Outer : Polyester
Inner : Soft Inner Fleece *Lembut gila okeh!
Insert : 3 layer
Price : RM34


LUNATOTS
Weight : 3-17kg
Outer : PUL
Inner : Soft Microfleece
Insert : Microfibre
Price : RM48


COZY BABY XL
Weight : 13-17kg
Outer : PUL Minky
Inner : Soft Suede
Insert : Bamboo Terry on top (2 pcs)
Price : RM37

COZY PUL PRINTED
Weight : 3-13 kg
Outer : PUL
Inner : Soft Suede
Insert : Microfiber (2 pcs)
Price : RM29
:: Kiri Cozy printed, kanan XL ::


AUTUMNZ MINKY PRINTED
Weight : 3-18kg
Outer : PUL Minky
Inner : Soft Microfleece
Insert : 3 layers Microfiber (2 pcs) *sangat tebal okeh, nampak bulky!
Price : RM36


QQ BABY MINKY - BAMBOO
Weight : 3-15kg
Outer : 100% Polyester of Minky Cloth
Inner : 98% Bamboo Fiber & 2% Polyester
Insert : Bamboo Cotton
Price : RM25


QQ BABY PUL PRINTED
Weight : 3-13kg
Outer : PUL
Inner : Soft Inner Fleece *Tapi taklah soft sangat pun, biasa-biasa aja.
Insert : 3 layers Microfiber (2 pcs)
Price : RM23

FYI, saya adalah ekstrimis Bamboolite. Yup sebab dah terberkenan dengan kualitinya, even design dia tak banyak choice sangat.



28 September 2011

Lagi-lagi Cd

Oh yeah.

Trip cd-cd baru dari Mumsluvbaby.com sudah sampai semalam.

Balik keja je terus tekam parcel cd ni. Kasik posing-posing sikit.

:: RM 34.00 ::

:: RM 34.00 ::

:: RM 27 :: RM 29 :: RM 37 ::

:: RM 23.00 ::

Insyaallah nanti bila senang saya nak buat review sikit pasal brand-brand cd ni.

Asal Rabu je, Wordless! haha


27 September 2011

Header Baru



Tengoklah. Tengoklah!

Saya dah ada header pic.

Buat sendiri tau tu.

Saja je amik pic Naim crying. Menggambarkan 'the colors of life'. Tak semestinya pic happy-happy je kan.

Nanti-nati tukar yang lain pulak.

*sebenarnya pakai pic tu sebab tak reti nak godek-godek pic lain fail beso sangat. ahaks!

Jom Mandi

Kesian Naim. Malam tadi dapat benjol besar telur ayam kat dahi dia akibat tersembam ke lantai.

Takut jugak kalo ada effect apa-apa sebab memang terkejut tengok benjol dia semalam.

Tapi pagi ni dah ok, aktif macam biasa. Cuma birulah dahi dia. Since dia tak muntah, tak ada simptom-simptom yang merisaukan should be oklah. Insyaallah.

Ini petang sebelum kejadian. Naim kan. haruslah happy bila nak mandi. Dari baby lagi memang tak penah nangeh time mandi.

Siap amik towel sendiri, nak sangkut atas bahu. Tapi ibu dialah yang tolong sangkutkan memandangkan dia masih terkial-kial nak sangkut sendiri.


Pegi balik pegi balik dia dengan towel cenggitu. Soooo cute!


" Jom saya ready nak mandi dah! "


" Uollss dah mandi ke belum??? "

26 September 2011

Eiiiiii EEEiiiiii

Sekarang ni Naim pandai dah dok eiiii eeiiiiii bila saya sua diapers yang dah diguna kat dia.

Yang ada air kencing ja pun dia asyik dok buat macam geli lah sangat. Kalo yang ada taik tu, lagi panjang eiiii eeiiii dia. Siap terketar-ketar badan nak tunjuk betapa kononnya dia geli. Lawak pun ada. Macam-macam betul peelnya.

Dan saya masih lagi teruja sebab sekarang kan dia dah pandai salam cium tangan. Sebelum ni pandai bubbye je. Suruh amin pun tak nak. Bestnya anak pandai salam cium tangan kita kan. Sejuk ja rasa =)


Ni pic semalam. Time dia beriya sangat buat muka geli. Tapi muka geli tu tak sempat nak snap. Sayang betul. Lawak, dengan air muka dia nak menggambarkan tahap geli melampau tu.


Tolong...tolong...

I'm blurrrrr

:P

Tata

25 September 2011

Zirafah Ada di Rumah

Saya ada bela zirafah sekor kat umah.

Nampak tak?

Zirafah dok tengok tv. ahaks!



Ini cd Autumn. Hari tu pakai tak adalah pulak bocor. Tapi bulky ler sebab pakai 2 insert. Insert pulak lebar-lebar & tebal pulak tu. Berat ja nampak bila Naim usung montot dia. Nasib baik beli selai ja. huhu




Time ni dia nangeh suruh bukak cd tu. Uish. Mana boleh :P Tapi dah lelama pakai ok ja.


Pocket Autumn kureng sikit. Tak berapa nak kemas. Tengok tu. Ternganga ja :P


Lenkali Autumn x masuk list untuk tambah cd dah. Tata Autumn.

Uppssss!!

Kawan-kawan, Naim dah pandai salam orang dah sehari dua ni. Chumel ja tau dia sua tangan dia, then amik tangan kita untuk cium. Proud of him. My good boy!

24 September 2011

Bamboolite Lagi & QQ Pulak

Stock cd sampai lagi =)

Kali ni beli kat Bummiakids.com pulak.

Haha mentanglah sekarang ni Naim berCD kat umah, asyik update pasal cd je kejanya kan.

:: Bamboolite - PUL / Lite - RM 43.20 ::

:: Bamboolite - AI2 - RM 47.25 ::

:: QQ Baby - Bamboo - RM 25.00 ::


Semalam Naim dah rasmi memberak kat cd Bamboolite ni. Cuak jugak mulanya.

Dok terpikir, dahlah inner dia kaler putih boleh ilang ke bau, warna & rasa. ahaks!

Tak sesusah yang saya pikir ok, senang je nak cuci. Spray air paip laju-laju kasik buang rasa, then tonyoh buang bau & warna. Tak payah berus-berus pun. Lagipun cd tak boleh diberus, lingkup. 

Settle. Senang.


Lets go green ('',)