28 June 2011

Persiapan Kawen Part 1

Tengah belek-belek folder dalam desktop tiba-tiba terjumpa pic borang nikah saya hari tu then terus rasa nak update bab kawen pulak.

Buat persiapan kawen sendiri adalah antara moment yang paling sweet dalam hidup kita kan? Pengalaman sekali seumur hidup yang akan diingati sampai bila-bila. Perkara yang nampak simple tapi kerenyahannya hanya orang yang merasa akan tau keadaan sebenarnya. Betul kan?

Saya bertunang dengan husband bulan 1 tahun 2009 (tarikh tak ingatlah. Haha) Masa tu buat secara kecil-kecilan ja, panggil family semata-mata. Kawan-kawan pun tak dijemput.

Masa perbincangan family tu semua dah sepakat nak buat majlis pada bulan 10 tahun yang sama. Masa tu husband kerja off shore lagi, so plan kena selari dengan masa dia balik Malaysia. Lepas dah bertunang, baru start survey persiapan untuk majlis kawen. Yalah kalau belum ada ikatan apa hal nak pegi survey kan. Entah betul entah tak. Bila dah bertunang baru nampak sikit komitmen dan kesungguhan kat situ.

Masa nak kawen dulu kebetulan saya dapat rezeki terpijak. Wah terpijak eh. Haha. Sebenarnya taklah terpijak sangat pun. Masa tu kalau sesapa yang masih ingat, tahun 2009 dorang 1st time buat peraduan Jutawan Powerroot. Adik saya yang nombor 3 tu rajin kumpul penutup tin air brand Powerroot ni. So saya pun hantarlah dalam 30 borang penyertaan sekaligus. 1 borang kena sertakan 10 penutup tin, means kena beli 10 tin minumanlah.

:: Farah AF tu kalau tengok real adalah sangat chantek ok. Dan ramah jugak ::

Masa ni tiap-tiap bulan dorang akan buat cabutan. Hadiah utama cabutan bulanan RM10,000 sijil simpanan premium BSN. Saya tak menang pun cabutan bulanan.

Rezeki nak kawen agaknya, menang cabutan akhir. Means semua penyertaan sepanjang tahun 2008 tu dorang gabungkan dan cabut nama 10 peserta untuk ke peringkan akhir. Hadiah utama adalah sijil simpanan premium BSN RM1 juta ok!! Tapi of courselah saya tak dapat sejuta tu, kalau tak dah lama famous dah. Haha Tapi bersyukur jugaklah, 9 peserta lain bawak balik sijil simpanan premium RM10 ribu. Sapa nak bagi kan. Banyak jugak tu walaupun tak sebanyak 1 juta.

Panjang betul penerangan pasal pertandingan ni eh.

Oklah berbalik kepada persiapan kawen. Ini just untuk bacaan dan panduan berdasarkan pengalaman saya bagi mereka-mereka yang nak plan wedding dorang sendiri dengan bajet yang minima tapi impak maksima!

Kalau yang sedia kaya, of courselah tak payah pening-pening dah buat persiapan sendiri. Hire ja wedding planner. Mudah dan cepat disamping tak menserabutkan kepala.

Mula-mula sekali, kena ada :-
  • Pen
  • Buku Nota
Kena catat, apa keperluan sebelum/semasa/selepas majlis tu nanti seperti :-
  • Tema - konsep, warna
  • Bajet
  • Kad Kahwin - design, jenis, tema, warna
  • Jamuan Makan
  • Senarai Jemputan
  • Khemah - including :- meja, kerusi, alas meja, dekorasi khemah
  • Pembantu
  • Tanda Arah
  • Meja Pengantin - backdrop, kerusi, dekorasi meja, makanan,
  • Kek 
  • Cenderahati - goodies bag ect
  • Pakaian - akad nikah, berinai, kenduri, bertandang, outdoor, family
  • Aksesori - veil, brooch, rantai, kasut, payung, bunga tangan
  • Hantaran - mas kahwin
  • Pengapit - lelaki, perempuan
  • Pelamin - bunga telur, peralatan
  • Kompang
  • DJ
  • Marhaban, Tahlil & Khatam Al-Quran
  • Jurugambar dan Video
  • Borang Permohanan Kahwin - temuduga, HIV test, ect
  • Kursus Kahwin
  • Honeymoon of course!
Huraian meh kita sambung kat part seterusnya. Baru nampak proper sikit. Kalau sambung kat entry ni sekali nanti berjela-jela & serabut.




26 June 2011

Proton's New Model

Ahaks. Ada yang tertipu dengan tajuk ke? Haha

Jangan mare. Ini kereta baru Naim. Semalam beli kat Jusco Queensbay. Murah-murah ok. RM32 saja. Oleh kerana ibu Naim ada kupon Jusco RM10, so tambah RM22 saja lagi. Kereta macam ni beli murah-murah ja cukup, ala lama mana sangat dorang nak main kan. Since kualiti pon ok, proceed ja.



Lepas tu sajalah try-try baju melayu kat tepi rak tu. Lawak betul tengok muka Naim time ni. Asal letak ja baju ni kat badan dia, dan-dan dia buat muka macam model dok tengah pose. Hahaha plawok plawok


At last beli warna selangor, merah kuning. Warna yang display tu cantik tapi dah habis. Tak nak lah amik yang display, berapa banyak tangan dah menerai kan. Tak best.

Balik rumah ja terus pasang. Then Naim apa lagi, terus drivelah! Siap bunyi-bunyi lagi mulut dia bila bawak kereta tu. Tapi asyik masuk gear reverse ja memanjang!


:: Lari kenet lari! ::




24 June 2011

Alergik

Note kepala : Dun worry aaa, saya tak alergik kat air minuman & air paip. Cuma alergik air-air tertentu. Kahkahkah.

Selalu saya lambat update aktiviti especially bila weekend kan. Bila nak update saya kena duduk sorang-sorang. Pastikan tak ada orang menempek tengok apa yang saya tengah taip. Kena concerntrate, kalau tak, macam ni lah. Dah nak habis minggu, baru nak update. Yalah, mana ada masa nak duduk sorang-sorang kalau dah kat rumah kan, mamat kecik tu konfem duduk tak diam punya. Macam-macam pe'el sekarang.

Last Saturday pegi kenduri akikah cucu kepada bekas officemate saya kat Permatang Damar Laut. Cucu sulung, tu yang Tokwan sayang sangat. Tambahan pulak nak dapat rezeki tu terlambat sikit, bila dah ada ni memang seronok tak terkata. Pantang bunyi ja baby tu, cepat ja Tokwan dia nak angkat. BTW, baby diberi nama Ali Imran Muhammad. Unik sikit sebab Muhammad dia kat belakang. Selalu orang letak depan.

Makanan adalah sedap. Saya suka, kurma kambing. Lembut pulak tu. Tiada pic yang disnap-snapkan sebab kenduri tak berapa ada orang dah time tu, segan la nak klik-klik pulak.

Lepas tu lepak-lepak kejap tepi pantai kat Tanjung Asam. Ramai jugak orang hari tu. Ada yang mandi-manda. Ramai jugak yang memancing. Ombak kuat masa kitorang sampai tu. Seram tengok sebab saya dah alergik dengan air, especially air sungai dan laut sekarang ni lepas satu peristiwa masam-masam manis yang saya rasa macam tak sangka usia saya masih panjang.




Saya ingat lagi, masa tu dalam tahun 2007-2008. Kitorang kat opis buat aktiviti, lebih kurang family daylah. Lokasi adalah di Arus Deras, Sungai Sedim, Kulim. Berkelah sambil berBBQ, sukaneka sikit-sikit. Masa tu opis tak ramai orang lagi, belum combine dengan unit yang sedia ada sekarang. Staf masa tu dalam 16 orang ja. Sekarang dah 30++.

Pagi-pagi dalam pukul 8 kitorang dah gerak dari Penang. Dalam 1 jam dah sampai kat tempat berkelah tu. So, cari tapak yang sesuai, bentang-bentang tikar & keluarkan makanan. Dah berkelah, BBQ wajib ada lah kan. Sejuk-sejuk mandi, dapat pulak makanan panas-panas, fuhhh nikmat. Lepas dah setup tempat semua, apa lagi, berendamlah.

Sambil berendam sambil mengunyah. Dalam 7-8 orang jugak yang berkumpul bahagian kat tepi sungai tu. Kiranya dalam airlah, tapi kat bahagian tepi. Jarak lebih kurang 1.5 meter ja dari tebing. Saya dok ke tengah sikit time tu, tapi tak jauh pun dari group. Kalau sua tangan tu boleh capai doranglah. Tiba-tiba ja terasa macam badan dah kena tarik dengan arus. Saya try berenang, tapi makin lama rasa makin nak lemas. Asyik tenggelam timbul ja. Dahlah sedia berat, seluar pun berat jugak.

Then sorang officemate lelaki ni try tarik saya. Dalam dok tarik-tarik tu dua-dua tersedut masuk dalam arus jugaklah. Arus air sungai bukan ke tengah, tapi ke bawah. Dia tarik kita masuk dalam air. Bila terlepas dari pusaran air tu, naik darat kejap. Sambung makan-makan bagi hilang trauma. Tapi insafnya kejap ja.

** Pic Google - Sungai Sedim

Tak dan sejam, cross pulak bridge atas sungai tu beramai-ramai pegi ke bahagian balik sana sungai, belah atas sikit. Yang dewasanya cuma saya ngan Kak Ida. Then Aireen, anak officemate, masa tu dia sekolah menengah & anak-anak Kak Ida yg sekolah rendah masa tu.

Plan asal kononnya Kak Idalah nak belajar berenang. Balik sana sungai tu terlindung dengan batu besar dari tempat yang kitorang letak makanan ni. Dorang yang dok tengah makan tu memang tak boleh nampak kitorang kat situ. Air belah sana tu, tepi-tepinya memang cetek takat lutut, boleh nampak pasir kat bawah. Tapi tengahnya, Masyaallah. Nak turun pun kena turun ikut tepi, tak boleh terjah tengah terus.

Tengah kitorang berenang-renang ala-ala anak katak terlepas tu tiba tiba dengar air berkocak kat bahagian tengah. 2 orang anak officemate ni, sorang nama Firzan sorang lagi nama Huzairi kalau tak silap saya. Dorang pegi terjun terus ikut tengah. Yang kitorang ni manalah nak perasan dorang sampai dan terus terjun ikut situ, dok tengah syok-syok mandi.

Dah....
Dua-dua dok terkapai-kapai tengah air terjun tu. Sungai Sedim ni lebar, dengan air deras, bukan senang nak cross tengah-tengah tu. Tambah pulak, semua bukan reti berenang pun. Berenang kat swimming pool dengan air terjun memang 100% berbeza. Yang kitorang kat tepi ni dok lawan menjerit. Orang tak ramai dah masa tu sebab cuaca mendung, dah nak hujan.

At last, dengan bakat berenang ala-ala anak katak ni, saya gagahkan jugak terjah belah tengah sungai tu. Tak sampai hati pulak nak tengok saja walaupun saya pun bukannya pandai berenang. Tambah pulak air terjun.

Selangkah ja dari tempat kitorang dok menjerit-jerit tu, terus kaki saya termasuk belah air yang dalam. Memang tak terasa dasar dah masa tu. Memang tawakkal saja masa tu. Kuak-kuak sikit, dapatlah capai si Huzairi ni. Masa ni dia baru darjah 6, tapi badan semangat. Dalam masa yang sama dok bertahan sebab dok kuak kaki tapi tak tergerak ke tepi. Arus air lagi kuat tarik kitorang ke tengah.

Masa capai ja tangan saya, terus dia nak berpautlah of course, dah lama terkapai-kapai dok telan air. Sampai satu masa, dalam hati saya, memang tak panjang umur kitorang ni karang. Dia still dok berpaut, yang saya dah tak larat dah nak kuak kaki sambil dok tampung berat dia lagi. Rasa dah nak tenggelam. Kak Ida ngan Aireen yang dok tunggu kat tepi tu stil tak boleh nak capai tangan saya ataupun Huzairi ni. Tempat dorang berdiri tu pasir jerlus, so kalau dorang gerak ke tengah lagi, memang sure join saya jugak.

Masa tu dah rasa nak menangis dah, yalah dok try kuak naik tak boleh-boleh jugak. Dengan tak ramai orang yang perasan kejadian tu. Macam dah tak ada harapan ja. Dalam dok kuak-kuak kaki tu, tiba-tiba kaki saya tertendang hujung batu besar kat dasar sungai. Terus terlonjak laju sikit ke depan, then Kak Ida terus dapat tarik tangan si Huzairi ni dan memandangkan dia masih berpaut kat belakang saya, so dua-dua tertarik sekali ke tepi.

Yang si Firzan ni, sempat jugaklah dia tertelan bergelen air sebelum 1 of my bos punya anak pegi tahan dia yang hanyut kat tengah-tengah. Nasib baiklah dia hanyut, kalau tertarik dengan arus air kat bawah tu, saya tak taulah nak cakap apa. Memanglah peristiwa ni buat saya sangat berhati-hati kalau nak pegi mandi-manda especially air terjun & laut. Sebab tu lah masa pegi Tasik Dayang Bunting hari tu saya mandi secelup dua ja, serius seram bila dok dalam tu. Haha

Oklah, nak akhiri entry ni dengan pic budak kecik dengan muka kesian sebab ibu tak bagi dia main pasir. Alala, muka sadis.


:: Budak ni nangis sebab ibu dia tak bagi pegang pasir. Haha ::






21 June 2011

Lagi Lagi & Lagi

Tau tak pic kat bawah ni menandakan apa?


Hahaha terorder lagi kain ni. Aiida Textile punya pasallah ni. Sapa suruh jual kain yang chumel-chumel. Kahkahkah.

Tapi takpa, belum masuk bulan Julai lagi. Sebab azam bulan Julai adalah tak nak beli kain dah. Tapi tak mahal pun RM50 ja termasuk pos. Berbaloi kan?


18 June 2011

Vote for Naim

Naim masuk contest lagi kat Facebook ZuarcityShop.

Contest tu nak pic anak dengan ayah, bersempena Hari Bapa jugak rasanya.

Aunty2 & uncle2 yang rajin tu bolehlah tolong LIKE kan pic Naim ngan abah kat  SINI.

Tapi bagi sapa yang belum Like ZuarcityShop lagi, kena lah Like dulu, lepas tu baru boleh LIKE pic Naim tu.

Terima kasih kepada semua yang mengundi Naim!! Mekasseyyhhh



17 June 2011

Kenduri-kendara

Actually, ni cerita last weekend. Tapi memandangkan weekend tu & minggu ni adalah agak ke'busy'an dengan exam, (semput dah dengar perkataan exam dalam 2 minggu ni) maka hari ni baru sempat update pasal entry ni. Sila jangan terpedaya dengan perkataan 'busy' saya eh. Bukannya busy baca buku atau nota. Busy tengok tv, busy mentenet ja.

Untuk paper I tu, esoknya nak exam, malam tu pukul 11 malam baru nak baca buku. Boleh?? Haha Baca sejam ja, lepas tu tido dulu ngantuk. Pukul 3 pagi bangun pulak sambung baca lagi sampai pukul 5. Sempat lagi sambung tido sampai nak dekat pukul 7. Akibatnya, pagi-pagi tu masuk jamban pun bawak nota. Kahkahkah

At last, apa yang ditarget semua tak keluar. Baru ada akal, padan muka. Haha

Masa paper II lagilah teruk. Kononnya nak buat macam semalam tu jugaklah. Hmm hampeh. Pkl 11 dah menguap haw haw. So, harus tido dululah kan. Nak membaca time mengantuk lagilah tak masuk kepala otak. Pukul 3 pagi bangun jugak, bukan tak bangun. Baca 5 minit ja. Tak tahan mata wooo. Sambung tido balik sampai pukul 4. Lepas tu bangun lagi, baca 5 minit, mengantuk jugak. Tido lagilah jawabnya.

Sampai pukul 6 tu, nak tak nak kena bangun jugaklah. Kalau tak memang konfem dapat telo nanti. Baca nota dalam sejam, haha memang gilalah. Baca bab 1, dok jeling bab 2 tak baca lagi. Baca bab 2, dok tengok bab 3 pulak sampailah ke bab-bab yang seterusnya. Last-last dah tak tau nak baca yang mana dulu. Lagilah padan muka. Buat lagi study last minute! Tapi dah lahiriah macam ni. Susah dah nak ubah tabiat. Heheh.

Oklah kita berbalik kepada cerita last week, hari Sabtu 11 Jun lepas.

Haruslah dimulakan dengan pic anak teruna saya yang dah tak menyempat nak pegi jalan dah tu. Sekarang ni kalau tengok ibu dia dah bersiap pakai tudung mata tu tak lepas tengok kita, takut kita tinggal dia. Macam tau-tau ja nak keluar. Tambah pulak bila dengar abah mula start kereta, kepala dia panjang ja nak jenguk keluar.

::  "Abah, tunggu Naim!!" ::

:: Kalau dia dah masuk dalam kereta tu jangan mimpilah nak amik dia keluar dah. Kalau semua orang keluar sekali takpa ::


:: Pheewiiitttt ::

Sampai ja rumah kenduri, haruslah makan dulu kan. Pic ni bukan nasik saya. Husband makan dua-dua. Mana ada orang makan nasi tomato @ briani dengan ikan rebus cicah air asam kan? Apadaaa.. Haha

Oleh kerana husband dah tolong amik, yalah kang sapa nak pegang Naim kan, so tak boleh nak complain banyak-banyak. Sikit-sikit cukup.

Lepas tu Kak Ida a.k.a Kak B, officemate saya bagi nasik putih yang ada balance lagi masa dia amik nasi tambah. Haruslah ayam masak merah tu dah tak laku kalau dah dapat ikan cicah air asam. Lauk tu pun dah cukup.


Dah kenyang, masuk posing-posing sekeping dua dengan pengantin guna dorang punya official photographer. Husband lepak luar dulu lepas makan tu, lupa nak ajak dia masuk sekali. Haha Hasilnya tak ada lah pic pengantin kat kamera saya masa hari kenduri tu. Mana nak usung Naim mana nak pegang kamera gedabak tu kan. So copy pic dorang pun dari FB official photographer ajalah.

Kedua-dua pengantin adalah officemate saya sebelum ni. Chenta dorang mula berputik dalam opislah kiranya. Dari jeling menjeling, terus jadi usik mengusik & terus terusik. Haha

**Pic FB - Wahh baru perasan Mie ada lesung pipit ::

Kenduri kitorang pegi ni kat Kepala Batas. Kebetulan pulak hari yang sama FIL nak pegi melawat adik ipar saya kat Matrik Pongsu Seribu, so kitorang join sekalilah since tak ada apa-apa planning dah petang tu. Sebelumnya singgah beli KFC kat pekan Sungai Dua dulu. Dan beli kek juga untuk birthday girl!


:: Naim dok bodek Tokwan suruh bawak dia jalan-jalan ::


:: Waahhh Naim dah chopp dululah ::

:: Ibu makan ayam, Naim makan kotak ja. Hahaha ::


:: Photographer yang dah kenyang ::

Lepas habis makan-makan, singgah Seberang Jaya kejap melawat kedai baby kat area situ. Tapi tak ada apa yang menarik pun. Barang semua sama ja harga dengan Jusco & Sunshine bila time tak ada offer.

Saya lagi suka beli kat Peekaboo, sebab dah jadi ahli & ada diskaun bila-bila masa pun!! I loike.


16 June 2011

Spot Pilihan

Sedar tak sedar, sekarang Naim dah 10 bulan setengah. Dah pandai macam-macam, kata orang dah banyak akal. Membebel, pot pet pot pet. Kat mulut tu asyik abah abah abah ja. Jeles ibu tau.

Kadang-kadang bangun-bangun tido ja terus sebut abahhhh. Tak pun Tet a.k.a Cat a.k.a Kucen sebab hari-hari dok panggil Gearbox. Excited ja muka dia kalau nampak Gearbox ada dalam rumah.

Time tido boleh mengigau sambil melambai-lambai lagi tangan lagi. Selalu sangat dok babai-babai orang sampai dalam tido pun masuk jugak.

Pagi tadi Naim buat ibu terkejut tau, bukak-bukak mata tengok dia tak ada kat tengah. Tengok-tengok tertungging kat hujung kaki ibu. Sikit lagi ja nak terjun. Tu tara tido tengah-tengah antara abah ngan ibu, kalau tido tepi konfem dah ada kat lantai. Dahsyat betul dia tido sekarang ni. Meneroka rata.

Naim kalau dok kat hall, hmmm mau tau la spot pilihan dia.

Mula-mula elok ja main-main depan tv.


Tamat ja separuh masa pertama, tengok-tengok dah ada kat sini. Separuh masa tu bukan berminit-minit eh. Tak dan 2 minit pun.


Kotak Astro ni pilihan utamalah kalau dah bertenggek kat sini. Apa yang best pun tak tau. Kalau pegang remote Astro tu  macam tau-tau ja dia, siap halakan ke tv lagi nak tukar chanel. Apa kita buat semua dia tiru sebijik-sebijik. Kalau ibu tepuk bantal nak bagi kembung balik, dia pun tepuk jugak.

:: Baju ni dah nak kena masuk store jugaklah nampaknya. Seketul perut Naim kan. Haha ::


Laci ni, tempat tarik dia dah tercabut. Dah lama dah Naim dok try nak bukak tapi tak boleh. Lepas tu Tokwan ajar naim bukak ikut atas. Sekali ajar ja terus ingat cara nak bukak. Haha amik habuan la. Siap proses barang-barang dalam tu keluar laju-laju. Mula-mula slow ja dia tarik satu per satu barang. Bila ibu panggil ja nama dia, terus kelam-kabut dia baling barang-barang dalam tu keluar laju-laju. Siap gelak mengekek-ngekek lagi. Nakal betul. Buat ibu nak gigit ja pipi dia.

:: Macam ni lah cara nak bukak laci yang tak ada tangkai ya kawan-kawan ::

Naim ni pantang betul dapat menatang-menatang yang ada button. Radio dalam kereta tak payah cakaplah, Naim expert dah cara nak adjust volume. Kat rumah pun pantanglah jumpa benda ada bijik-bijik asyik nak tekan-tekan ja dia. Jangan tak tau, nipple abah pun Naim suka picit. Kahkahkah

Sekarang abah kalau tido kena pakai baju. Kalau tak, haaa siaplah nak melompat terkejut kalau Naim tekan suis. Geli konon. Hahaha


Dah boring picit-picit button, beralih pulak ke spot pilihan yang lain. Tangga berhantu ni lah pulak. Naim tak boleh tengok. Dah siap panjat 6 anak tangga ok. Tapi abah dengan paksu kena standby lah. Ibu tak laratlah nak layan naik-naik tangga. Ibu Naim bukan penyabar okeh nak tunggu Naim naik satu per satu anak tangga. Haha


Sekarang ni kalau nak tinggal Naim sorang kejap-kejap kat hall, kena letak dalam walker. Walaupun kita ke toilet ja pun, nak buang lebihan-lebihan air tu. Hahaha

Tak boleh dah nak biar kat lantai. Maklumlah Naim punya tahap pecutan nak tuju ke tangga adalah sangat tinggi, 200km/jam!


15 June 2011

Lega

Legaaaaa. Merdeka kejap untuk setahun. Tahun depan amik sekali lagilah nampaknya exam ni akibat yang dibaca lain yang keluarnya keluar lain.

Sambung tension ni ke tahun depan pulak.

Lepas ni boleh membelog dengan senang hati. Tak payah curi-curi masa lagi. Hahaha



14 June 2011

Ana Tensi

Nak update sikit untuk menghilangkan tension akibat apa yang dibaca tak keluar dalam Paper 1 KPSL pagi tadi. Huarrgghhh. Dahlah subjektif. Nampaknya macam nak kena repeat lagi ja paper ni. Huhu


Baca lain keluar lain. Apa daaa. Haha

Sapa duduk kat HR untunglah sebab kali ni punya soalan keluar bab-bab keja dorang. Bab-bab tuntutan langsung tak ada. Kalau ada part ni oklah jugak, boleh bernafas sikit sebab dah rutin harian proses tuntutan dan bayaran.

Esok punya paper 2 tak tau lagi macam mana. harap-harap ok sikit sebab nota-nota yang ada pun simple-simple ja. Nampak macam tak berapa heavy. Tapi kena ikut fakta betul-betul tak boleh goreng-goreng.

Opsss kejap ni baru google fakta lagi, rupanya nota lagi heavy daaaa. Penin penin.
Malam ni sambung study lagi.

Last-last minit macam ni lah. Haha

13 June 2011

KL Gangster dari Kaca Mata Wa

Sebelum wa lupa meh wa kasi review sikit pasal ini movie KL Gangster kasi lu orang baca. Ini entry wa guna wa lu wa lu baru feel itu gangster punya mood ok.

Ini wa tulis ikut apa yang wa rasa. Rambut tak sama hitam hati pun lain-lain.

  • Masa start sudah macam itu sekolah rendah punya startinglah. Siap kasiitau "Aku baru keluar dari penjara bla bla bla.." Sepatutnya tak payah huraikan pakai words maa, boring dowh. Dengan aksi pun penonton sudah tau. Tapi kena pandai olah itu babaklah mau kasi penonton faham.
  • Pemilihan pelakon memang wa tabiklah. Semua best-best belaka tapi apasal lu pegi berlakon jugak ha Syamsul? Lu bikin itu cerita spoil wwooooo. Wa tak feel tengok lu punya gangster lah! Husband wa cakap aa, lu gangster anak daddy punya type. Lu kasi arah itu filem cukuplah. Wa aa dari dulu lagi tak masuklah kalau tengok lu belakon. Lu serupa itu syok sendiri ma. Wa tau la itu filem lu punya tapi lain kali lu tak payah act lah!
  • Cara fight dalam movie ni wa respectlah. Taklah nampak macam ala-ala drama tumbuk itu angin. So far nampak real & power serupa cina punya kungfu. Dush dush dush
    • Watak utama itu Aaron maa. Mantaplah. Nampak cool tapi lawan tarak kalah punya. *Nora Elena tengah hot kat tv, for sure ramai yang mau tengok itu Aaron a.k.a Malik dalam panggung pulak eh.
    • Adi Putra wa tak payah cerita eh.  Kasi lah watak apa sama dia, semua jadi punya. Itu Sheera punya watak tarak kembang woo. Suam-suam kuku saja. Ada tak ada serupa saja.
    • Watak Ajib memang wa salutelah. Sebijik gangster wa cakap lu. Dalam serius-serius watak tu pun, ada lawak-lawak jugak. Lu memang bestlah Ajib. Wa tatau dia punya nama betui la. Ni pic dia wa kasi selam sambil pakai google.
    :: Ajib itu kuning punya baju ::
    •  Ala Abang Long Jijan, wa lap lu lah. Dulu wa tarak suka sama itu raja-raja lawak (wa tarak astro itu time) tapi wa suka lu belakon maa. Lu aaa kalau lu tak ada mesti ini movie tarak best maa, tapi apsal lu matiii a.. Wa sedih ooo.
    • Syamsul aa apasai lu tarak kasi tau apa King buat sama mak lu sampai lu dendam sama dia ha? Lu buat wa tertanya-tanya maa.
    • Jalan cerita sedang-sedang saja. Apasai aa tang last-last bila orang jahat punya part saja, kalau dah kena terajang setengah mati lepas tu mesti kena bangun balik nak serang hero. Cerita Melayu, Hindustan even Orang putih pun sama. Mau kasi tau itu orang jahat kuat sangat kot. Ending dia aa serupa terbantut, apa barang daa, kata gangster tapi last-last masuk penjara balik. Tak rock lah! 
    • Ending pun sekolah rendah punya style. "Akhirnya sang kancil dimakan oleh sang buaya...
    • Secara keseluruhan wa kasi 3 suku daripada 5 bucu bintang untuk ini movie. Nak kata best sangat pun tak, nak kata teruk pun tak. So far bolehlah sapa-sapa yang belum tengok kalau rasa nak pegi. Go go go. Ale ale ale.
     

    12 June 2011

    Selamat Hari Bapa, Abah, Ayah, Papa, Daddy

    Walau apapun panggilan kita kepada mereka, bapak, abah, ayah dan sebagainya, bagi setiap anak, bapa adalah antara insan yang paling dikasihi selain daripada ibunya. Bagi seorang bapa, kasih sayangnya tak dizahirkan secara nyata. Kadang kala bapa tak ucap dia sayangkan kita, tapi kalau diimbas-imbas semula, berapa orang yang sedar hanya dengan perbuatan yang menggambarkan betapa sayangnya dia kepada kita. Bapa sentiasa menjadi tonggak dalam mencari rezeki buat keluarga. Mahu memberi hanya yang terbaik buat anak-anaknya. Setiap keperluan dan kehendak kita dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Berusaha selagi ada daya.

    Sebagai anak, saya mengaku saya malu mengucapkan kata-kata yang menggambarkan betapa sayangnya saya kepada dia, tapi sehingga saat ini saya masih berusaha membuat yang terbaik setakat mana yang saya terdaya. Saya masih berusaha untuk tidak sekali-kali mengecilkan hatinya. Hakikatnya kita tak nampak secara nyata saat hatinya terluka dengan kelakuan-kelakuan kita bukan? Kerana dia pandai menyorok emosi, lahiriah seorang yang bergelar lelaki & bapa.

    Bila dia bergelar bapa, di tidak mengharapkan sebarang balasan berupa wang ringgit dan harta benda daripada anak-anaknya. Cukup sekadar anak-anak mendengar kata dan tidak menyusahkan hatinya. Abah saya adalah idola saya. Saya janjikan yang terbaik selagi ada hayatnya dan hayat saya. Saya sayang abah saya!!


    Selamat Hari Bapa kepada abah Naim, husband saya. Semoga menjadi idola buat Naim & bakal adik-adiknya. **Ayat macam ramai ja yang bakal menyusul. Haha


    Selamat hari Bapa juga buat abah saya & bapak mentuaku yang dipanggil abah juga.

    :: Kiri tu abah saya, kanan bapak mentua. **Sweet pic ni ::

    Saya sayang kalian semua.

    11 June 2011

    Terbeli Lagi

    Laaa...

    Dah terbeli yang ini kat Aiida Textile lagilah.


    Hajat bulan ni tak nak beli kain dah. Tiba-tiba terbeli pulak. Hahaha

    Tunda ke bulan depan pulaklah nampaknya hajat ni.