31 May 2011

Tommee Explora Soft Spout

Sebelum ni pakai Philips Avent 4oz ja untuk letak air masak Naim. Tak campur dengan botol susu. Botol susu berbekas lemak-lemak susu tu, kalau campur macam tak best ja. Hari ni ibu beli botol air baru untuk Naim. Untuk 9 months above. Nak biasakan Naim sebelum minum thru cawan nanti. Botol Tommee Tippee 15oz ni harga dia RM 29.70 kat Peekaboo Bukit Jambul. Muncung dia lembut ja, Walaupun nampak macam lubang dia besar, tapi kalau kita terbalikkan dia takkan meleleh. Bila ada pressure lidah & mulut pada muncung tu baru dia keluar air. So Naim boleh belajar control sendiri air nak keluar banyak mana.



Botol ni bagus sebagai peralihan daripada botol kepada cup yang jenis hard spout atau cawan biasa.

:: Tommee Tippee Explora Soft Spout ::



FB vs Blog

Facebook macam dan tak happening sekarang. Sudah jemu.

Nak load gambar pun dah malas sebab sekarang dah ada blog. Haha. Berlagak.

Langkawi Day 3 (26/5)

Hari ke-3 adalah yang paling ditunggu-tunggu. Setelah dibanding-bandingkan pakej dalam brosur yang dapat masa kat airport, kitorang decide nak ambil pakej Island Hopping yang seorang RM35.00. Pakej ni ambil masa lebih kurang 4 jam melawat Pulau Beras Basah & Pulau Dayang Bunting. Ada jugak lain-lain pakej yang bawa pergi pulau-pulau lain & open sea, Laut Andaman. Macam menarik tapi dah bawak Naim ni tak berani la nak pergi yang jauh-jauh. Ambil pakej dekat-dekat sudah.

Orang travel agent tu ambil kitorang kat apartment lebih kurang pukul 9 pagi bawa ke Jeti Pelancongan, Kuah. Dekat ja. Sampai sana, buat bayaran dululah kan. Lepas tu naik bot. Ada lagi 3 penumpang join trip ni sekali.

:: Naim syok naik bot ::

Berdebar jugak nak naik bot ni. Biasa naik feri Pulau Pinang ja. Yang tu besar, tak lah takut sangat. Yang ini kecik, muat untuk 8 orang saja. Laju pulak tu, sampai terlambung-lambung macam naik kuda.

:: Naim pun ada pelampung ::

:: Muka hairan ::

Pose dulu masa sampai Pulau Beras Basah. Masa pergi ni kan hari biasa, so pengunjung tak ramai. Saya sukalah. Lain kali nak pergi mana-mana kena pilih hari biasa jugak & yang pasti bukan musim cuti sekolah.

:: Pulau Beras Basah ::

Naim sangat excited dapat main pasir. 1st time lepas dia main atas pasir macam ni.

:: Naim excited dengan pasir ::

:: My name is NAIM ::

Banyak kali kitorang cop-cop kaki Naim nak bagi dapat pic tapak kaki tapi asyik tak jadi ja. Bila angkat ja kaki dia automatik jari kaki dia akan kuis pasir tu. Maka dapatlah pic tapak kaki Naim yang macam ini saja. Jadilah kan. Heheh

:: We were here. Kiri sekali tu tapak kaki Naim yang telah dikuis..haha ::

Semua orang sudah sunburn balik dari Langkawi ni. Pakai sunblock pun macam tak berkesan saja. Naim pun sudah gelap sikit.

:: Pelancong sesat pakai topi dalam air ::

Dalam elok-elok mak & adik saya dok duduk kat kerusi yang disediakan, tiba-tiba ada sekor monyet nakal curi Sprite daripada family negro kat sebelah kitorang. Tak cukup dengan tu, siap tarik plastik yang ada kat tangan mak saya. Plastik tu ada baju ja bukan makanan pun. Dah jadi adegan tarik menarik antara mak saya dengan monyet ni. Oleh sebab monyet tu tak nak lepas jugak beg plastik yang menjadi rebutan tu, maka kepala monyet tu pun biul kena ketuk dengan mak saya. Pening jugaklah rasanya. Siap angkat monyet tu macam kita dok angkat belakang kucing tu. Bila pikir balik macam lawak gila. Hahaha

:: Monyet nakal ::

Terus gerak ke tempat lain lepas adegan ketuk-ketuk monyet tu. Lagipun dah cukup masa untuk naik bot ke Pulau Dayang Bunting pulak.

:: Naim pun takut monyet jugak ::

:: Mendarat di sini lepas lari daripada monyet ::

Then wajiblah ambil gambar dengan signboard-signboard yang ada kan. Baru boleh ingat pic-pic tu tangkap kat mana.

:: Aktiviti Wajib ::
 
Lepas tu singgah di tengah-tengah antara beberapa buah pulau, bagi helang makan. Pakcik bot tu baling kulit ayam mentah untuk panggil helang keluar. Memang sarang dia kat situ. Berkerumun ja datang sambar. Banyak betul.

:: Ingatkan sikit rupanya banyak helang ni ::

Dah habis tengok helang, terus ke spot seterusnya. Pulau Dayang Bunting.

:: Naim layu ja angin kuat ::

Kat bawah ni pic Bukit Dayang Bunting. Lalu ja kat sini, tempat mandi yang ada Tasik Dayang Bunting tu sebelah lain pulak. Memang reallah macam perempuan mengandung tengah baring kan.

:: Bukit Dayang Bunting ::

Husband & adik-adik saya mandi kat Tasik Dayang Bunting ni. Saya tak beranilah nak berenang bila tengok dalam dia pun dah 10 meter. Tapi try jugak turun gayut kat tangga celup-celup badan. Itu pun celup sekali dua ja terus naik. Seramlah. Haha

:: Dugong tasik. Kahkahkah ::

Kalau musim cuti sekolah saya tak dapat nak bayangkan macam mana penuh pelantar ni nanti. Tempat tak besar mana pun.

:: Pelantar di Tasik dayang Bunting ::

Sepanjang nak jalan naik ke atas bukit tu haruslah abah yang dukung Naim kan.

:: Buat-buat nak tangkap gambar tapi sebenarnya semput.. Haha ::

:: Putera Dayang Bunting ni susah betul orang nak ambil pic dia ::

:: Rombongan Cik Kiah pose dulu sebelum balik ::

:: Lain kali kita datang lagi ::

:: Naim dah nak layu dah time ni ::

Naim dah tak larat tahan dah mata dia masa ondaway balik tu. Ditambah dengan angin kuat pulak, lagi bestlah dia tidur. Lagipun pukul 1 tu memang time dia tidur pun.

:: Tidur sudah ::

Sebelum sampai jeti, bot pusing-pusing dulu depan Dataran Lang.

:: Bagi chance husband posing pulak ::


:: Cik Kiah dah sampai jeti balik ::

Petangnya kitorang jalan-jalan versi darat pulak. Kali ni tak lalu Padang Mat Sirat dah. Lalu sebelah atas, jalan tepi-tepi laut nun. Bird Paradise ni tak masuk pun. Lalu ambil gambar kat depan saja.



Terus ke Telaga Ayer Hangat. Tempat parking kosong ja. I loike!! Tak payah pening-pening cari parking. Letak ja kat mana nak.

:: Chakkkkk ::

Mak saya rendam kaki sekejap kat kolam air panas tu. Yang lain-lain jalan-jalan pusing tempat tu saja.

:: Naim dengan baby sitter..Haha ::


Yang macam longkang ni tempat batu refleksiologi tu. Kiranya sambil pijak batu sambil rendam kaki dalam air panaslah. Tapi punyalah kotor berlumut. Nak pijak pun tak lalu. Berlendir-lendir ja. Memang tak ada orang pegi pun lah kat bahagian tu.


Souvenir di Telaga Ayer Hangat ni adalah murah ok. Magnet peti ais jenis getah tu 3/RM10. Kat tempat lain 1/RM5.90. Lain-lain souvenir pun murah jugak kat sini. Kat Pekan Kuah pun mahal lagi.

:: Pilih-pilih ::

:: Sekor helang ni dah selamat sampai Penang ::

Oleh kerana pakcik yang jual souvenir ni rekemen suruh kitorang ke Pusat Kraftangan, maka pergilah rombongan Cik Kiah ke sana. Sebelum tu singgah makan dulu kat gerai dalam kawasan Pusat Kraf tu.

:: Dia pun nak jugak ::

:: Alolo hensemnya. Anak sapa ntah.. Hahaha ::

Masuk Pusat Kraftangan ni boleh tengok-tengok ja lah kan. Nak beli tu tak lah. Biasalah barang-barang kraf ni mahal-mahal belaka. Macam tak berbaloi nak beli. Selalunya tourist luar la yang akan beli.

:: Jalan-jalan saja ::

Lepas tu singgah Faizy Crystal. Tengok dorang demo buat ikan kristal yang kecik-kecik chumel tu. Renyahnya tengok. Lama pulak tu nak siap sekor-sekor ikan tu. Padanlah mahal. Mak saya beli sekor ikan kristal yang sederhana besar. Oleh kerana sirip ikan tu reject sikit, harga dia tinggal RM70 saja daripada RM250. Berbaloi-baloi. Lagipun reject dia sikit ja, tak perasan sangat pun.

:: Faizy Crystal ::

:: Penat tengok dorang buat ikan ni ::

:: Ikan-ikan chumel ::

Singgah pulak kat rumah tuan punya brand minyak gamat Hj. Din kat Kampung Ewa kat area Ayer Hangat jugak. Hj Din ni dah meninggal, sekarang anak-anak beliau yang ambil alih perusahaan gamat tu. Mak saya beli minyak gamat & minyak panas. Husband pulak beli balm & air gamat. Air gamat ni dorang pesan kalau yang warna putih jangan beli sebab yang tu gamat kering dicampur dengan garam. Kalau warna kuning-kuning sikit tu baru gamat fresh.

:: Air gamat yang sedang diperam. Tak lalu ok kalau tengok time ni ::

Sebelum balik ke apartment singgah makan dulu kat Jala Tomyam. Dekat simpang 4 nak masuk ke Apartment Seri Lagenda. Kali ni order siakap stim jugak & siakap dia adalah sedap!! Tomyam pun sedap. Saya suka tomyam putih macam ni. Best!!


Sudah makan tu balik apartment packing-packing beg. Lepas tu apa lagi, kasi pejamlah!!

30 May 2011

Anak Teruna Saya

Hari ni Muhammad Naim dah genap 10 bulan. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja masuk wad kena induce semalam. Naim keluar lewat 10 hari dari due date. Seronok duduk dalam perut ibu agaknya.

:: Ini adalah Naim masa umur 3 hari - Pic ni paling real macam masa baru keluar daripada perut ::

Baru-baru ni Naim dah start pegang-pegang bendul nak mula berdiri. Ada hati jugak nak panjat tangga. Kalau tak bagi tu, pandai dia marah. Besar dah anak ibu ni.

Macam-macam peel dah sekarang. Walaumacam manapun Naim adalah baby yang paling senang nak handle setakat ni. Nangis kalau nak susu & mengantuk aja. Kalau jumpa orang yang dia tak kenal pun dia tak kisah kalau orang nak dukung-dukung dia. Tak kisah kalau nak tinggal kejap-kejap pun. Tapi ibulah yang tak boleh kalau Naim tak ada depan mata. Setakat keluar tengok wayang tu bolehlah ibu tinggal Naim kat maktok sekejap. Tak sampai hati nak tinggal dia lama-lama. Yalah kan dah lah hari-hari pergi kerja tinggal dia.

Yang ibu paling bangga Naim cepat pick up apa yang kita ajar dia. Sekali dua kita cakap terus macam faham ja. Sayang sangat kat Naim busyuk ibu ni.

Setakat ni Naim dah kenal ibu, abah, maktok, tokwan, pakcik, paksu, pakngah, makcik & maksu. Kucing saya si Gearbox tu pun Naim dah kenal. Naim paling excited kalau nampak cicak. Terjerit-jerit dia suruh kita tengok sama. Kalau tengah minum susu boleh stoplah nak tunjuk cicak punya pasal.

Naim dah kenal car, kipas, bantal, buai & puting. Naim dah kenal diri sendiri jugak. Kalau tanya ja, mana Naim. Terus dia tepuk-tepuk dada dia. Haha good lah anak ibu ni.

Hari ni Naim sakit perutlah saya rasa. Tak membuang lagi. Tu yang merengek-rengek sikit tapi still aktif merayap satu hall. Ini mesti Cerelec beras merah punya pasal lah ni bagi Naim tak membuang lagi ni. Lain kali tak boleh belilah lagi Cerelec perasa ni.

Mak saya kata Naim maybe akan terus berdiri & berjalan. Tak merangkak dah. Memang tak ada tanda-tanda nak merangkak pun sampai sekarang. Terus nak try berdiri aja sekarang ni.

:: The latest pic of Muhammad Naim ::

Apa-apapun sebagai ibu saya mengharapkan hanya yang terbaik untuk buah hati saya.


29 May 2011

Langkawi Day 2 (25/5)

Pagi-pagi lagi Naim dah berendam kat swimming pool dengan pakcik & paksu. Punya seronok berendam sampai tak nak keluar dari kolam. Siap menjerit lagi bila maktok angkat dia keluar. Tapi kena angkat jugaklah, dia bukan boleh mandi lama-lama nanti berhingus ja hidung tu.

:: Naim dengan Paksu a.k.a baby sitter ::

Pukul 12 tengah hari baru misi penjelajahan bermula. Spot pertama adalah Dataran Lang. Mana boleh pergi Langkawi tapi tak posing dengan mercu tanda dia kan. So tengah-tengah hari buta tu gagah jugaklah berpanas-panasan nak pose punya pasal.

:: Tuan punya blog. Pic yang dirasakan paling chumel & slim. Hahaha ::

Gambar orang jadi halus pun tak apa, janji helang tu masuk penuh. Motif sebenar memang pun nak tangkap pic helang kan. Pic husband haruslah tak banyak sebab beliau adalah photographer rasmi sepanjang percutian kami. Haha

:: Dataran Lang ::

:: Tak cukup corum ::

:: Barulah nak ada pic husband ::

Misi kedua pada hari tu adalah naik Cable Car. Mak saya masa naik siap istifar panjang. Semua doa keluar dari mulut masa cable car mula jalan sampailah kat atas gunung nun. Masa cable car tu baru naik saya steady lagi, lepas tu mulalah kecut perut. Serius seram. Macam-macam terfikir dalam kepala. Macam mana kalau tiba-tiba nak dijadikan cerita cable tu putus ke, tercabut ke. Fuhhh. Padanlah bayar mahal, jarak nak naik jauh. Untuk dewasa RM30.00. Kanak-kanak 20.00. Pergi Langkawi wajib naik ni, memang best!!

:: Gayat wooo ::

Naik cable car ni boleh berhenti  kat stesen tengah dulu. Ambil-ambil pic then baru sambung naik ke puncak. Sampai yang dekat puncak kena jalan turun sikit kalau nak naik jambatan gantung ni. Ehh rasanya macam tak sikit kot, berpeluh-peluh jugaklah. Masa kitorang naik tu angin adalah kuat. Boleh rasa jambatan tu bergoyang. Sekali angin tiup terus terketar lutut kalau tengah berdiri tengah-tengah dia. Haha

:: Ini lagi 1 punca gayat ::
:: Naim jugak yang steady ::
:: 3 of us & 2 of them.. =) ::
:: Ehhh mana Naim?? Hahahaha ::
:: Saya suka pic ni. Credit to our photographer ::

Rombongan Cik Kiah nak beransur sebab hujan sudah mula turun.

:: Moh kita cabut ::
:: Ketua darjah suruh beratur..hahaha ::

Then singgah taman mini tepi stesen cable car. Ada rusa dengan arnab. Arnab haruslah tak hairan dah kan. Beli makanan yang dorang jual untuk bagi rusa makan. Geli wooo bila rusa ni jilat tapak tangan nak ambil makanan. Siap tinggal air liur lagi.

:: Seriusnya muka Naim bagi rusa makan ::

Pose sikit lagi sebelum meninggalkan stesen ni untuk ke lokasi seterusnya.

:: Sediakan payung sebelum hujan ::

Lepas tu jalan-jalan di Oriental Village. Kiranya, nak ke stesen cable car tu memang kena lalu sini. Naim dah tak senang duduk dah masa ni. Panas agaknya. Lupa pulak nak bawa kipas untuk stroller dia tu.

:: Oriental Village ::

:: Asal stop ja stroller, dan-dan dia bunyi ::

:: I'm da photographer ::

Wahh yang ini Naim sukalah. Sampai tak nak lepas handle kuda tu. Siap menjerit-jerit lagi bila angkat dia. Haha

:: Cepat kuda cepat ::

:: Seronoklah tu ::

:: Ewah pandai dia pose untuk ibu eh ::

:: Nak balik baru teringat nak pose kat sini ::

Ondaway balik tu singgah makan petang kat belakang airport. Apa nama tempat saya tak tahu. Memang tengah cari tempat untuk makan petang masa lalu sini. Apa lagi kan, layan sajalah. Order laksa, cendol pulut & rojak. Laksa adalah sedap. Padanlah dengan banner dia kan, Laksa Power.

Cendol dan rojak tak best. Cendol siap bubuh pulut warna kuning & jagung. Rasa dia sudah lari. Bahan-bahan dalam rojak pun tak best. Semuanya goreng kunyit terlebih. Langkawi kunyit murah agaknya.

:: Laksa adalah power ::

:: Pilih mak jangan tak pilih..heheh ::


Makan sudah kenyang, tuju ke Pekan Kuah pulak. Shopping coklat. Memang kelabu biji mata tengok macam-macam jenis coklat. Saya suka coklat Hershey yang almond tu. Then 1 of my friend suruh try Whittakers. Coklat ni sangat sedappppp. Sesiapa yang belum pernah try tu silalah try coklat ni eh. Dijamin takkan menyesal. Coklat dia 33%, milk powder 30%  & 25%  badam. Fuhh I Loike!!

Coklat di Hj Ismail Group adalah lebih murah daripada Idaman Suri ok. Kat sini Whittakers ni RM9.90 1 bar besar tu, kat Idaman Suri RM12.90.

:: Coklat-coklat ini ana yang punya ::

:: Coklat ni sedap gila okeh ::

Dah habis shopping coklat, kitorang singgah pasar malam kat Pekan Kuah. Beli makanan untuk dinner. Dinner di apartment saja. Semua ahli rombongan Cik Kiah terjelapok ja kat apartment lepas makan. Siang dah penat jalan kan. Malam tu haruslah tidur awal sikit sebab esoknya nak pergi Island Hopping!!

:: ZZzzzzzzz ::